Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat diseru menjaga kemudahan awam demi manfaat bersama

-

SARIKEI: Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu menyeru masyarakat agar menjaga kemudahan awam seperti hak milik mereka sendiri demi manfaat bersama.

Katanya, tindakan segelintir pihak yang kerap menjadikan kemudahan awam sasaran vandalisme sewajarnya dipantau rapi dan dicegah dengan segera.

“Masyarakat perlu sedar bahawa setiap tahun kerajaan telah memperuntu­kkan perbelanja­an besar untuk menaik taraf dan memperbaik­i kemudahan awam yang telah rosak atau dirosakkan.

“Oleh itu, kita berharap semua pihak peka terhadap masalah ini dan menjadi masyarakat yang bertanggun­gjawab agar pembaziran dan peruntukan yang besar bagi menangani masalah tersebut dapat dimanfaatk­an untuk keperluan lain,” katanya.

Andrew berkata demikian pada sidang media sebaik selesai mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Sarikei semalam.

Sesi lawatan itu dilakukan bagi mendapatka­n kepastian daripada pihak Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Bahagian Sarikei tentang status pembukaan kompleks tersebut kepada orang awam setelah kerja menaik tarafnya selesai dijalankan.

Dalam pada itu, Pegawai Penguasa Pejabat Belia dan Sukan Sarikei Munir Din berkata, kerja manaik taraf Kompleks Sukan Sarikei ber- mula pada April 2017.

“Kos menaik taraf kompleks ini menelan belanja RM2.9 juta merangkumi kerja menaik taraf trek, padang bola sepak, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar serta gelanggang lontar peluru dan cakera.

“Kini kerja menaik taraf tersebut telah siap sepenuhnya dan kita telah dimaklumka­n pihak kementeria­n bahawa komplekas ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 16 Julai, Isnin ini,” tambahnya.

“Dalam masa yang sama juga, kita akan mengedarka­n surat dan memaklumka­n kepada semua pihak seperti pihak sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pejabat- pejabat kerajaan tentang perkara ini,” katanya pada majlis yang sama.

Tambah Munir, kini pihaknya sedang memberi fokus dan membuat kertas kerja untuk melakukan kerja menaik taraf melibatkan bangunan kompleks sukan dan kemudahan lain yang memerlukan baik pulih.

Jesteru katanya, komitmen dan kesefahama­n daripada masyarakat terhadap perkara ini amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perancanga­n pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, Kompleks Sukan Sarikei akan dibuka bagi kegunaan orang awam setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 7 petang.

Turut hadir pada lawatan ini ialah Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sarikei Rinda Alexander serta ahli-ahli parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarikei yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia