Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak kurang 90% graduannya dapat pekerjaan pada 2016, 2017 setelah tamat belajar

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) menyasarka­n 100 peratus graduannya menerima tawaran pekerjaan setelah tamat tempoh pengajian.

Pengarah PMU Leftenan Kolonel Bersekutu ( PA) Abdubrani Yunus berkata, institusi berkenaan telah mencapai tidak kurang 90 peratus graduan mendapat pekerjaan pada 2016 dan 2017 setelah tamat belajar.

“Kita (PMU) akan sasar 100 peratus graduan mendapat pekerjaan selepas ini,” katanya dalam ucapan perasmian penutupan Karnival Kerjaya di Dewan Serba Guna PMU semalam.

Menurutnya, perkara tersebut sesuatu yang sangat positif untuk dicapai dan tidak mustahil jika para graduan sentiasa di atas landasan betul.

Para pelajar juga harus berusaha sedaya upaya mere-

Kita (PMU) akan sasar 100 peratus graduan mendapat pekerjaan selepas ini. ” Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Abdubrani Yunus Pengarah Politeknik Mukah

ka sentiasa memperbaik­i diri dalam setiap aspek.

Karnival tersebut pula merupakan salah satu usaha pihaknya yang sentiasa memberi bimbingan melalui kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.

Perhubunga­n baik antara institusi pengajian dan pemain industri juga katanya, adalah satu keperluan serta perhubunga­n positif.

Sebanyak 17 agensi dan syarikat turut serta dalam karnival kerjaya berkenaan.

Para pelajar turut men- gadakan jualan di gerai yang disediakan untuk memupuk minat berniaga dalam kalangan mereka.

Turut berucap Ketua Unit Corporate Industrial Services & Employment Centre (CISEC) Muhd Azlan Abdul Aziz.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abdubrani (tengah) menerima cenderamat­a daripada salah satu peserta karnival kerjaya berkenaan iaitu pihak Swinburne University of Technology Kampus Sarawak sambil disaksikan yang lain.
TERIMA KASIH: Abdubrani (tengah) menerima cenderamat­a daripada salah satu peserta karnival kerjaya berkenaan iaitu pihak Swinburne University of Technology Kampus Sarawak sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia