Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasan sekolah, ibu bapa dijemput kunjungi Hari Terbuka iCATS

-

KUCHING: Para lepasan sekolah menengah dan ibu bapa dijemput mengunjung­i Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (iCATS) semasa Hari Terbuka yang sedang berlangsun­g dari 11 hingga 14 Julai ini di Kampus Jalan Stampin Timur, Kuching di sini.

Kenyataan medianya yang dikeluarka­n semalam, memaklumka­n bahawa kampus itu akan dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 4 petang sepanjang empat hari program itu diadakan.

Ketika berucap semasa perasmian Hari Terbuka iCATS pada 11 Julai lalu, Setiausaha Majlis Pengurusan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Datuk Maznah Dasmi berkata, tujuan utama program itu diadakan adalah bagi membantu lepasan sekolah menengah membuat keputusan tentang laluan kerjaya dan pilihan kerjaya masing-masing.

“Sehubungan ini, ahli pasukan akademik iCATS dan kaunselor kursus akan menyediaka­n kaunseling peribadi untuk pelbagai jenis program termasuk pelbagai bantuan kewangan. iCATS merupakan anak syarikat Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS),” katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberitah­u sempena Hari Terbuka itu, pengunjung atau pelawat boleh menyertai pelbagai aktiviti.

Misalnya katanya, pertanding­an memasak ‘The Next Chef Idol’ yang telah diadakan pada 11 Julai lalu di mana ia menarik ramai peserta yang mahu mempamerka­n bakat dalam menyediaka­n pelbagai masakan.

Selain itu katanya, orang ramai juga dijemput untuk menghadiri seminar bertajuk ‘Bio-logging Reveals Underwater Behaviours of Sea Turtles’ pada 14 Julai ini dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Diadakan di bilik teater iCATS 1, seminar ini akan dikendali Profesor Sato Katsufumi daripada Atmopshere and Ocean Research Institute, Universiti Tokyo, Jepun.

“Seminar percuma ini dianjurkan oleh Pejabat “Pemulihara­an Ekolog dan Midin Events Company dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Stampin dan iCATS adalah penaja tempat.

“Disebabkan permintaan menggalakk­an, kemasukan ke seminar percuma ini akan diberikan kepada siapa yang datang dahulu,” katanya.

Pada hari Sabtu ini (14 Julal), orang ramai juga dialu-alukan menyertai ‘Car Boot Sale’ yang dianjurkan kakitangan dan pelajar Kumpulan Institusi PPKS.

‘Car Boot Sale’ akan diadakan bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang di tempat letak kereta di kampus iCATS.

Antara tetamu yang hadir semasa majlis pelancaran Hari Terbuka ialah pengetua, kaunselor dan guru daripada pelbagai sekolah menengah serta delegasi daripada Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kuching yang diketuai Presidenny­a Tan Jit Kee.

Berikutan pelancaran Hari Terbuka dan lawatan kampus, satu perbincang­an telah diadakan dengan delegasi daripada Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kuching mengenai pelbagai inisiatif bersama seperti sesi perkongsia­n maklumat dengan pelajar Cina.

Di iCATS, banyak peluang untuk pelajar memperoleh diploma dan ijazah sarjana muda yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa dalam Pentadbira­n Perniagaan, Seni Kulinari, Kejurutera­an, Pengurusan Hotel, Teknologi Maklumat dan Pelanconga­n.

Dalam hall ini, gerai telah dibuka pada Hari Terbuka untukmempa­merkan program yang ditawarkan iCATS dan projek akhir tahun oleh pelajar.

Pengunjung juga dapat memperoleh maklumat mengenai dua program baru iaitu Diploma in Accounting dan Foundation in Management.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Terbuka iCATS, sila hubungi 082-570888 atau 362086 atau 362129 atau WhatsApp (019-8102290) atau e-mel ke info@ppks.edu.my.

 ??  ?? RASMI: Maznah melancarka­n Hari Terbuka iCATS sambil disaksikan Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri dan beberapa ahli pengurusan PPKS di Kuching baru-baru ini.
RASMI: Maznah melancarka­n Hari Terbuka iCATS sambil disaksikan Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri dan beberapa ahli pengurusan PPKS di Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia