Utusan Borneo (Sarawak)

Kehilangan mangsa disedari cucunya selepas gagal pulang dari kebun Selasa lalu

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang nenek berusia 72 tahun yang tersesat tiga dua malam di dalam hutan dekat sini, akhir berjaya pulang ke rumahnya di Rumah Ngak, Nanga Salim tengah hari semalam.

Insiden itu disedari oleh cucu mangsa selepas mangsa gagal pulang dari kebun untuk mencari umbut pada Selasa lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Sambai Banyan dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat setelah balik sendiri ke rumah pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Terdahulu, pihak polis telah menerima laporan orang hilang pada jam 11.33 malam Selasa lalu daripada pengadu yang menyatakan neneknya keluar dari rumah untuk pergi ke kebun di kawasan hutan berhampira­n rumah panjang Rumah Ngak. Siasatan awal polis menda- pati insiden itu tidak melibatkan sebarang perbuatan khianat atau unsur- unsur jenayah

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) termasuk pasukan BBP Sibu Sentral yang diketuai PBT Jankey dan empat anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi selepas dimaklumka­n mengenai kejadian itu jam 8.36 pagi kelmarin.

Operasi SAR juga melibatkan tiga anggota polis dari Balai Lanang, tiga anggota Unit K9 dan seekor anjing, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu dan 18 penduduk rumah panjang.

Operasi ditamatkan sejurus selepas mangsa pulang dengan selamat.

 ??  ?? SYUKUR: Pihak bomba BBP Sibu mengambil keterangan selepas mangsa berjaya pulang sendiri ke rumah tengah hari semalam.
SYUKUR: Pihak bomba BBP Sibu mengambil keterangan selepas mangsa berjaya pulang sendiri ke rumah tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia