Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek edar dadah tumpas susulan intipan tiga jam

-

MIRI: Intipan tiga jam membuahkan hasil apabila polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Terminal Bas Pujut di sini, petang kelmarin.

Suspek yang berusia 24 tahun itu ditangkap bersama satu kotak yang di dalamnya dipercayai mengandung­i dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri DSP Aldrin Junaidi Kutoi ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan yang dibuat tersebut.

Menurutnya, sebelum tangkapan dibuat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri membuat tugas pemantauan di lokasi terbabit kira-kira jam 11 pagi kerana mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dadah.

“Pada hari yang sama jam lebih kurang 2 petang, pasukan serbuan ternampak seorang lelaki dengan kelakuan mencurigak­an membawa satu kotak berjalan dari kaunter kargo bas menuju ke keretanya.

“Lelaki tersebut kemudianny­a ditahan dan polis telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas kotak yang dibawa suspek,” katanya.

Aldrin berkata pemeriksaa­n ke atas kotak terbabit mendapati terdapat satu peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamine dengan anggaran berat kasar 500 gram.

Sehubungan dengan itu, suspek kemudianny­a dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan selanjutny­a.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Metham- phetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? TUMPAS: Satu peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamine dengan anggaran berat kasar 500 gram dirampas daripada suspek.
TUMPAS: Satu peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamine dengan anggaran berat kasar 500 gram dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia