Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Mabuk polis trafik Limbang keluarkan 10 saman

-

LIMBANG: Sebanyak 10 saman dikeluarka­n polis dalam Ops Mabuk yang dilancarka­n anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang yang dijalankan Jalan Kubu dan Jalan Tarap di sini baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu membabitka­n tujuh anggota trafik IPD Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superitend­en Mohd Bukhori Saffai berkata, operasi dijalankan bagi mengenal pasti pesalah-pesalah jalan raya yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Kebanyakan saman yang dikeluarka­n merangkumi kesalahan lesen memandu, lampu brek, ubah suai ekzos, serta pelbagai kesalahan lain,” katanya di sini, kelmarin.

Antara kenderaan yang diperiksa termasukla­h tujuh motosikal, lapan kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Beliau memberitah­u, seorang lelaki ditahan kerana mabuk selepas ujian yang dijalankan mengesan kandungan alkohol dalam badannya melebihi paras yang dibenarkan pada operasi berkenaan.

 ??  ?? DISIASAT: Seorang anggota trafik sedang memeriksa kandungan alkohol menggunaka­n peralatan khas terhadap seorang pengguna jalan pada operasi berkenaan.
DISIASAT: Seorang anggota trafik sedang memeriksa kandungan alkohol menggunaka­n peralatan khas terhadap seorang pengguna jalan pada operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia