Utusan Borneo (Sarawak)

Ular baham anak kucing ditangkap APM Miri

-

MIRI: Seekor ular sawa sepanjang kira-kira lebih dua meter dan seberat 20 kilogram yang membaham seekor anak kucing mencemaska­n penghuni sebuah rumah di Kampung Pulau Melayu di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, penghuni rumah terkejut apabila mendengar bunyi bising kucing di dalam kandang di luar rumah lalu keluar untuk memeriksa keadaan.

Setelah diperiksa, penghuni rumah terkejut melihat seekor ular sawa sedang menelan seekor anak kucing peliharaan­nya.

Atas faktor keselamata­n, penghuni terbabit terus menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi meminta bantuan menangkap ular tersebut.

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecema- san mengenai kes ini kira-kira jam 9.51 malam.

“Tiga anggota APM diketuai Prebet (PA) Mariani Eddy bergegas ke lokasi yang dimaksudka­n setelah menerima panggilan kecemasan.

“Ular sawa jenis batik sebesar betis orang dewasa yang masih berada di dalam kandang itu berjaya ditangkap anggota APM menggunaka­n peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Ular yang berjaya ditangkap itu kemudianny­a dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan disimpan di dalam sangkar yang disediakan.

 ??  ?? MENCEMASKA­N: Anggota APM berjaya menangkap ular sawa yang kekenyanga­n selepas menelan seekor anak kucing.
MENCEMASKA­N: Anggota APM berjaya menangkap ular sawa yang kekenyanga­n selepas menelan seekor anak kucing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia