Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek ‘bookie’ Piala Dunia dicekup ketika kutip pertaruhan

-

BINTULU: Dua lelaki tempatan masing-masingnya berumur 22 dan 23 tahun diberkas anggota polis di sini di kawasan Bintulu Sentral Jalan Kidurong kerana disyaki mengutip pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis telah membuat intipan ke atas suspek sebelum penangkapa­n dibuat lebih kurang jam 4.30 petang di sebuah restoran di kawasan terbabit.

“Hasil semakan telefon bimbit mendapati kedua-dua saspek berkenaan disyaki mengutip pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2018,” ujarnya mengenai Ops Soga dalam kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak polis membuat pemeriksaa­n lanjut pada badan dan kenderaan milik salah seorang suspek sekali gus merampas dua unit telefon bimbit, wang tunai dipercayai hasil bayaran pertaruhan berjumlah RM2,355, seunit buku catatan dipercayai rekod pertaruhan dan 30 helai resit bertulis negaranega­ra peserta Piala Dunia 2018 dipercayai bayaran nilai pertaruhan serta pen.

Justeru katanya, dua suspek terbabit kini ditahan reman sehingga 14 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan jika didapati bersalah boleh didenda antara RM20,000 hingga RM200,000 serta penjara tidak lebih setahun.

 ??  ?? DICEKUP: Salah seorang suspek ditahan oleh pihak polis di sebuah restoran petang kelmarin.
DICEKUP: Salah seorang suspek ditahan oleh pihak polis di sebuah restoran petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia