Utusan Borneo (Sarawak)

Mencuri, lelaki tunggu kes disebut semula 9 Ogos

-

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 9 Ogos depan untuk perbicaraa­n lanjut kes seorang lelaki yang dituduh mencuri satu unit pemain cakera padat digital (DVD) dan sehelai baju kepunyaan sebuah pasar raya di sini.

Sementara itu, tertuduh diperintah­kan dibebas dengan jaminan lanjut RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat Majistret Zuraini Ali Musa setelah tertuduh mengekalka­n pengakuan tidak bersalahny­a terhadap tuduhan tersebut.

Machperhso­n Mike Hoshua Micheal didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh mencuri satu unit pemain DVD bernilai RM253.77 dan sehelai baju-T bernilai RM29 kepunyaan sebuah pasar raya di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 10 Jun lalu di tingkat empat, pintu masuk utama sebuah pasar raya di kompleks belibelah Imperial Mall, Jalan Merpati di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia