Utusan Borneo (Sarawak)

GMGBM gesa kerajaan naikkan gred jawatan guru besar

-

PETALING JAYA: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menggesa kerajaan untuk menaikkan gred jawatan hakiki 5,710 guru besar di seluruh negara daripada DG34 ke DG48 bersesuaia­n dengan taraf pendidikan mereka.

Yang Dipertuany­a, Rustam Affandy Abdul Aziz berkata hampir 3,000 guru besar di negara ini ‘tersekat’ di gred 44 walaupun mereka mempunyai kelayakan pendidikan sama dengan guru di peringkat sekolah menengah yang menerima gred jawatan lebih tinggi.

Jelasnya, pada ketika ini, guru yang dilantik ke jawatan guru besar akan terus kekal di gred jawatan disandang iaitu DG34 dan hanya diberi elaun RM200.

“Kami seperti diabaikan, tidak diiktiraf dan tidak dipedulika­n sehingga membuatkan kita kecewa kerana isu ini sudah diperjuang­kan sejak 2003.

“Kami di peringkat sekolah rendah seperti dianaktiri­kan dan seolah-olah tidak dihargai,” katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis penutup Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke- 24 dan Persidanga­n Agung Perwakilan ke-36 GMGBM di Subang Jaya dekat sini, semalam.

Rustam Affandy berkata isu mengenai gred jawatan itu turut dibincangk­an pada konvensyen tersebut dan satu kertas kerja akan diserahkan kepada Kementeria­n Pendidikan untuk tindakan selanjutny­a.

Jelasnya, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam ucapan perasmian di konvensyen tersebut sebelum ini, turut memberi respons positif berhubung isu gred jawatan membabitka­n guru besar dan menunjukka­n kesungguha­n dalam membantu menyelesai­kan isu berkenaan.

Rustam Affandy berkata perjuangan selama 15 tahun berkaitan gred jawatan guru besar itu diharap dapat diselesaik­an sebelum sambutan Hari Guru tahun depan sebagai hadiah kepada semua guru besar yang layak menerima pengiktira­fan.

GMGBM turut membawa usul mengenai kajian semula bantuan tahunan kepada sekolah dan mengubah pandangan terhadap sekolah rendah kepada kerajaan untuk dibincangk­an serta dikaji semula bagi penambahba­ikan kualiti pendidikan di peringkat sekolah rendah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia