Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu melaporkan kes dera kanak-kanak: Jabatan Kesihatan

-

TAIPING: Jabatan Kesihatan Perak meminta masyarakat melaporkan sebarang kes penderaan terhadap kanakkanak yang berlaku di sekeliling mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa supaya mangsa dera dapat diselamatk­an.

Timbalan Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam) Negeri Dr K.B Venugopala­n berkata langkah itu perlu bagi membendung kes penderaan terhadap kanak- kanak ini daripada terus meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya, berdasarka­n statistik dari JKM Perak menunjukka­n kes penderaan kanak-kanak pada tahun lepas adalah sebanyak 453 kes, 469 kes (2016) manakala hanya 271 kes dilaporkan pada tahun 2015.

“Majoriti kes tersebut adalah melibatkan kanak kanak perempuan dan berkaitan penderaan seksual dan juga pengabaian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Seminar Hentikan Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumah Tangga Peringkat Negeri anjuran Jabatan Kesihatan Perak di sini semalam.

Beliau berkata, bagi kategori pendera, teman lelaki kepada ibu atau wanita merupakan kumpulan yang utama diikuti dengan ibu bapa sendiri dan ibu tiri serta lokasi kejadian yang dilaporkan adalah di rumah,

“Bagaimanap­un, masih lagi terdapat kes-kes yang tidak dilaporkan malahan keskes tersebut boleh menjadi penyumbang terbesar kes penderaan kanak-kanak atau keganasan rumah tangga.

“Antara faktor utama yang dikenal pasti adalah perbalahan keluarga serta pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga seperti kejadian kanak- kanak ditinggalk­an tanpa pengawasan, ditinggalk­an dalam kereta, terjatuh dari eskalator, terjatuh dari bangunan dan membiarkan kanak-kanak keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan bersendiri­an,” katanya.

Dr Venugopala­n berkata penderaan berlaku kerana beberapa faktor seperti kedudukan ekonomi, keluarga besar dan institusi keluarga yang tidak kukuh juga menjadi punca berlakunya penderaan.

“Keadaan itu juga berlaku kerana sistem sokongan dalam keluarga sudah semakin terhakis terutama di kawasan bandar,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia