Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lagi sekolah ditutup di Pulau Pinang kerana HFMD

-

GEORGE TOWN: Dua lagi sekolah termasuk sebuah sekolah yang sebelum ini hanya membabitka­n kelas tahun satu hingga tahun tiga yang ditutup, telah diarahkan tutup sepenuhnya berikutan penularan wabak penyakit, tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Mohd Jamil Mohamed berkata dua sekolah itu ditutup selama 10 hari selaras dengan arahan Jabatan Kesihatan Negeri yang mahu pembersiha­n di sekolah yang mempunyai kes HFMD dijalankan bagi mengelak penularan pe- nyakit berkenaan di kalangan murid di situ.

“Menurut laporan yang saya terima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) Sam Sun ditutup sepenuhnya apabila tiga pelajar dikesan menghidap penyakit berkenaan manakala SJKC Phor Tay yang sebelum ini enam buah kelas membabitka­n tahun satu hingga tahun tiga yang ditutup sejak 7 Julai lepas, turut ditutup sepenuhnya bermula kelmarin.

“Langkah berkenaan diambil berikutan jumlah kes yang dicatatkan mencecah 11 kes di SJKC Phor Tay, dua sekolah telah ditutup sejak Selasa iaitu SJKC Shih Chung (Cawangan) (enam kes HFMD) dan Sekolah Antarabang­sa Tenby. Semua sekolah terlibat terletak di daerah Timur Laut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

Katanya sembilan kelas di SJKC Chong Cheng di Sungai Ara turut ditutup selepas lapan murid di situ dijangkiti HFMD dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang membuat pemantauan serta pemeriksaa­n di sekolah berkenaan.

Mohd Jamil berkata murid di sekolah yang ditutup berikutan penyakit HFMD tidak perlu menggantik­an sesi persekolah­an mereka dan semua guru yang terlibat akan mempercepa­t serta menggunaka­n budi bicara masing-masing bagi memastikan pengajaran dan pembelajar­an di sekolah dapat diselesaik­an dalam tempoh sesi persekolah­an tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata sebuah lagi sekolah iaitu SJKC Chung San masih di peringkat pemeriksaa­n dan turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan wabak berkenaan.

Beliau berkata secara keseluruha­nnya sebanyak 65 buah fasiliti ditutup sejak Januari hingga kelmarin dan ketika ini 20 fasiliti membabitka­n 13 taska, dua tadika, sebuah pusat jagaan dan empat sekolah termasuk sekolah antarabang­sa ditutup 10 hari bagi proses pembersiha­n berikutan terdapat jangkitan HFMD di premis berkenaan.

“Sehingga hari ini ( semalam) sebanyak 1,679 kes HFMD dilapor di Pulau Pinang sejak Januari dan semalam (kelmarin) seorang lagi kanak-kanak dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan kerana penyakit itu menjadikan dua pesakit di hospital berkenaan serta dua lagi masih di Hospital Pulau Pinang,” katanya.

HFMD ialah satu penyakit yang disebabkan oleh virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam (maculopapu­lar dan vesicles) di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

HFMD disebabkan oleh jangkitan virus khasnya dari jenis Coxsackie A16 dan Enteroviru­s 71 (EV71) dan virus itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Gobind (duduk kiri) ketika meninjau perkembang­an Projek Media City di Angkasapur­i di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Gobind (duduk kiri) ketika meninjau perkembang­an Projek Media City di Angkasapur­i di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia