Utusan Borneo (Sarawak)

MyCARE sasar RM1.5 juta laksana program MyKorban

-

KUALA LUMPUR: Humanitari­an Care Malaysia ( MyCARE) menyasarka­n RM1.5 juta bagi melaksanak­an ibadat korban sempena perayaan Aidiladha (MyKorban) di 14 negara bergolak tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kamarul Zaman Saharul Anwar berkata program MyKorban yang telah dijalankan hampir 20 tahun akan dilaksanak­an bermula 22 hingga 25 Ogos akan datang.

“Empat belas negara atau kawasan yang terlibat iaitu di Cox’s Bazaar, Bangladesh; Filipina; Iraq; Kemboja; Lubnan; Myammar; Palestin di Tebing Barat dan Gaza; Somalia; Sri Lanka; Sudan; Syria; Vietnam dan Myammar iaitu di Arakan.

“Program berkenaan turut dilaksanak­an dalam negara bagi pelarian terutamany­a Rohingya, Palestin dan Iraq di mana tahun lalu kita telah laksanakan di Selangor dan Johor...tahun ini kita akan luaskan di Terengganu, Ke- lantan dan Kedah,” katanya pada sidang media ketika Majlis Pelancaran Ibadah Korban (MyKORBAN) dan sambutan Aidilfitri MyCARE, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi MyCARE Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman.

Kamarul berkata, pihaknya menawarkan tiga pakej korban lembu dan dua pakej korban kambing sebagai pakej utama.

Bagi korban lembu untuk satu bahagian, pakej A berharga RM1,500 untuk umat Islam Palestin, Syria, Iraq, Lubnan dan Yaman manakala bagi pakej B berharga untuk ibadat korban di pelbagai lokasi antaranya di Filipina dan Kemboja.

Pakej C pula berharga RM700 bagi ibadat korban untuk pelarian yang berlindung dalam Malaysia.

Untuk korban kambing, pakej W ditawarkan pada harga RM590 di pelbagai lokasi manakala pakej X berharga RM1,100 untuk dilaksanak­an di Syria.

Tambah Kamarul, MyCARE turut menawarkan pakej sejuk beku terutamany­a bagi negara-negara sedang bergolak seperti Palestin.

“Bagi pakej sejuk beku berharga RM500 manakala pakej tin pula ditawarkan pada harga RM600...untuk tin ini kebiasaann­ya kita akan hantar ke Palestin di mana daging yang kita sembelih dan proses pengetinan akan dilaksanak­an di Australia dan New Zealand.

“Di Palestin khususnya, mereka hanya mempunyai bekalan eletrik dua hingga empat jam sahaja sehari...jadi jika kita hantar dalam bentuk daging segar mereka terpaksa habiskan daging berkenaan dalam tempoh tertentu bagi mengelakka­nnya rosak,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk melakukan ibadah korban di MyCARE boleh melayari laman sesawang www. mykorban.org. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia