Utusan Borneo (Sarawak)

SJKT Kg Colombia di Manjung jadi sarang pembiakan tikus, perlu pindah segera

-

IPOH: Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kampung Columbia, Ayer Tawar yang terletak di Manjung perlu dipindahka­n segera susulan hasil pemeriksaa­n Jabatan Kesihatan negeri pada 5 Julai lepas yang mendapati sekolah itu menjadi tempat pembiakan tikus yang semakin serius.

Pengerusi Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata keadaan ini dikhuatiri mendedahka­n 60 murid serta sepuluh guru di sekolah itu kepada risiko penyakit kencing tikus.

Katanya, laporan itu me- nemui kesan gigitan tikus, najis dan bau air kencing tikus di sekitar kawasan sekolah selain sebanyak sepuluh lubang tikus telah dikenal pasti di ruang stor, kelas pantri dan kelas komputer di sekolah tersebut.

“Oleh itu, lokasi dan bangunan tidak sesuai sebagai sekolah memandangk­an kawasan itu dikeliling­i pokok kelapa sawit dan semaksamun yang menjadi tempat pembiakan tikus.

“Ia dikhuatiri bilangan tikus akan terus meningkat dan sekolah ini perlu dipindahka­n ke tempat yang lebih sesuai dengan kadar segera,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Sehubungan itu, Sivanesan berharap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil perhatian serius terhadap masalah yang membelengg­u sekolah itu sejak 10 tahun lalu.

“Saya berharap menteri beri perhatian secepat mungkin untuk memindahka­n sekolah ini dan tidak boleh tunggu sehingga sesuatu yang tidak diingini terjadi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Sivanesan berkata kes demam denggi di negeri ini mencatatka­n penurunan 63.3 peratus atau 1,321 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 2 Jun lepas, berbanding 3,598 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Katanya sepanjang tempoh itu, sejumlah tiga kes kematian dilaporkan akibat denggi berbanding enam kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurutnya, sebanyak tiga lokaliti dikesan sebagai kawasan wabak denggi yang masih aktif di negeri ini di Kampung Merawan Indah, Ipoh iaitu sebanyak 15 kes; Changkat Keruing, Manjung mencatatka­n sepuluh kes serta Jalan Putra di Teluk Intan pula merekodkan tujuh kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia