Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Dalic tempah final pertama selepas bangkit benam England 2-1 menerusi rembatan Mandzukic pada masa tambahan

-

MOSCOW, Rusia: Croatia sekali lagi menunjukka­n kebangkita­n luar biasa mereka apabila menewaskan England 2-1 menerusi gol masa tambahan Mario Mandzukic untuk membolehka­n mereka melangkah ke final pertama Piala Dunia dan satu misi menebus kekecewaan apabila menentang Perancis Ahad ini.

Untuk perlawanan ketiga berturut-turut, Croatia ketinggala­n dan Rabu lepas kepada gol Kieran Trippier dari satu tendangan percuma cantik seawal minit kelima tetapi berjaya bangkit mengikat kedudukan untuk membawa ke permainan masa tambahan.

Ivan Perisic mengikat kedudukan buat Croatia pada minit ke-68 dan selepas menewaskan Denmark dan Rusia menerusi penentuan sepakan penalti, Croatia sekali lagi dipaksa bertarung lebih dari masa sebenar perlawa

nan.

Namun kali ini, mereka tidak perlu menentukan perlawanan menerusi sepakan penalti selepas memperoleh­i kekuatan tambahan dan memenangin­ya menerusi rembatan Mandzukic ppada minit ke-109.

“Kejohanan ini i akan dimenangi oleh pasukan dengan karektor. Kami ketinggala­n 0-1 pada tiga perlawanan n terakhir secara berrturut-turut,” kata ta jurulatih Croatia, a, Zlatko Dalic.

“Bagi bola sepak pak Croatia dan negara ini, satu sejarah sedang ang ditulis – saya tidak ak ingat sebuah negara ara kecil yang pernah melangkah ke final (Piala Dunia).” Croatia menjadi pasukan ke-13 yang beraksi di

f i n a l dan finalis pertama sejak Sepanyol pada 2010. Sejak pencapaian terbaik ke separuh akhir pada 1998, di mana mereka bertanding pada kejohanan pertama sebagai negara g merdeka, Croatia gaga gagal melepasi pusin ingan kumpulan dengan setiap pasukan yang gagal dibanding secara tidak a adil dengan Pera ancis. Bagaimanap­un, sku skuad kali ini, mengata gatasi pencapaian itu d dan mempunyai peluang untuk me menebus kekalahan 20 tahun yang lalu apa apabila menentang Per Perancis di Stadium Luz Luzhniki di final Ahad ini. “Ia sudah menjadi topik perbincang­an sejak 20 tahun yang lalu,” kata Dalic. “Mungkin perlawanan itu mempunyai kepentinga­n sejarah dan saya Tuhan memberikan kami peluang untuk menebus segala- galanya.”

Kejayaan mereka mara ke final adalah kerana bukan sahaja tahap kecergasan, sikap dan penyudah berkualiti tetapi juga kegagalan England mengambil sepenuh kesempatan dari penguasaan permainan dalam separuh masa pertama.

England, yang memburu penampilan final pertama sejak muncul juara pada 1966, bermula cemerlang apabila Trippier menyempurn­akan satu tendangan percuma cantik seawal minit kelima.

Tetapi Harry Kane mensia-siakan peluang terbaik apabila melakukan rembatan l e m a h s e l a i n satu cub a a n - n y a terkena p a l a n g semen- tara Raheem Sterling sekali lagi gagal menyerlah dan Jesse Lingard juga melihat cubaannya tersasar. Croatia tidak kelihatan seperti pasukan yang menewaskan Argentina di pusingan pertama tetapi mereka mula menemui rentak pada separuh masa kedua dengan pengaruh Luka Modric di bahagian tengah semakin berbisa. England menerima pad a h kerana gagal menyempurn­akan peluang y a n g a n d a apabi- la Perisic menanduk masuk satu hantaran lintang Sime Vrsaljko untuk mengikat kedudukan.

Perisic mempunyai satu peluang untuk meletakkan Croatia di hadapan buat kali pertama tetapi rembatanny­a terkena palang.

Ia adalah permainan yang berbeza selepas itu, dengan Croatia tiba-tiba menguasai permainan dengan England seperti hilang keyakinan dan semangat.

England pada awalnya memulakan perlawanan masa tambahan dengan yakin dengan Croatia berterima masih kepada Vrsaljko apabila mengeluark­an bola tandukan John Stones sebelum melepasi garisan pintu gol.

Croatia berjaya menjaringk­an gol penting apabila tandukan Mandzukic menyempurn­akan tandukan Perisic.

“Ini adalah satu keajaiban. Hanya pasukan hebat boleh bermain seperti kami dan bangkit dari ketinggala­n apabila menentang pasukan seperti England,” kata Mandzukic.

England bagaimanap­un masih boleh menamatkan kejohanan dengan mem- banggakan di tempat ketiga apabila menentang Belgium Sabtu ini selepas melepasi segala jangkaan awal namun apa yang pasti, mereka masih kecewa menanti kejuaraan terbaharu selepas 52 tahun.

“Tiada siapa menjangkak­an kami melangkah ke separuh akhir tetapi sebaik sahaja kami datang ke sini, kami benar-benar fikir kami boleh melangkah ke final,” kata jurulatih England, Gareth Southgate.

“Apabila anda mempunyai satu tempoh (permainan) yang baik, anda harus mengambil peluang itu. Kami mungkin memerlukan gol kedua tetapi kami seharusnya tidak lupa dengan p e l u a n g yang kami ada.” — R e u - ters

Kejohanan ini akan dimenangi oleh pasukan dengan karektor. Kami ketinggala­n turut. ” 0-1 pada tiga perlawanan terakhir secara berturut- Zlatko Dalic Jurulatih Croatia

 ?? — Gambar Reuters ?? RONALDO DETIK BERSEJARAH: Mandzukic (tengah depan) dan rakan sepasukan meraikan gol kedua Croatia pada masa tambahan pada aksi separuh akhir menentang England di Stadium Luzhniki, Moscow kelmarin.
— Gambar Reuters RONALDO DETIK BERSEJARAH: Mandzukic (tengah depan) dan rakan sepasukan meraikan gol kedua Croatia pada masa tambahan pada aksi separuh akhir menentang England di Stadium Luzhniki, Moscow kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia