Utusan Borneo (Sarawak)

Dalic yakin keletihan bukan satu masalah buat Croatia

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic berasa yakin keletihan bukan satu masalah untuk pasukannya apabila menentang Perancis di final Piala Dunia walaupun sekali lagi dipaksa bermain sehingga masa tambahan untuk menewaskan England pada perlawanan separuh akhir Rabu lepas.

Croatia menang 2-1 pada perlawanan di Moscow, dengan Mario Mandzukic menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-109 selepas Ivan Perisic mengikat gol pembukaan England yang dijaringka­n Kieran Trippier.

Croatia jelas keletihan tetapi mereka berjaya bersaing sehingga akhir masa tambahan untuk membawa negara dengan hanya empat juta penduduk ke final buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Bagaimanap­un, kebimbanga­n utama menjelang perlawanan Ahad ini ialah keletihan, dengan Croatia juga dipaksa bermain sehingga penentuan sepakan penalti sebanyak dua kali apabila menewaskan Denmark di pusingan kedua dan Rusia di suku akhir.

Lawan mereka, Perancis, mempunyai rehat tambahan sehari selepas menewaskan Belgium 1-0 pada perlawanan hari Selasa.

“Ini hebat. Dua pemain bermain dengan keletihan tetapi tidak menunjukka­nnya. Dalam masa tambahan, tiada pemain mahu ditukarkan. Ini menunjukka­n karektor dan ia adalah apa yang menjadikan saya berasa bangga. Tiada siapa mengalah,” kata Dalic, di mana pasukannya bermain lebih satu perlawanan berbanding Perancis.

“Kami bersedia untuk ke final dan kami mahu bermain. Bermain di masa tambahan mungkin satu masalah kerana Perancis mempunyai rehat lebih sehari tetapi tiada sebarang alasan nanti,” kata beliau.

Tiada pasukan pernah ke final Piala Dunia selepas bermain di masa tambahan dalam semua tiga pusingan kalah mati – England dua kali menang dalam masa tambahan pada 1990 sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Jerman Barat di separuh akhir.

Dalic hanya dilantik sebagai jurulatih pada akhir kempen kelayakan mereka, membimbing pasukan ke Rusia dengan kemenangan ke atas Greece pada playoff terakhir kelayakan.

Beliau menggambar­kan Perancis sebagai “pasukan kuat dengan pemain hebat” tetapi pasukan beliau sendiri selayaknya ke final, dengan kemenangan ke atas England adalah antara kejayaan hebat di Rusia selain kemenangan 3-0 ke atas Argentina di pusingan pertama.

Croatia mempunyai peluang menebus kekecewaan tewas 1-2 kepada Perancis pada pertemuan separuh akhir Piala Dunia 1998 – di mana Dalic ke Perancis, tuan rumah kejohanan, sebagai peminat ketika itu.

Dengan jumlah populasi sekitar empat juta, Croatia adalah negara paling kecil untuk melangkah ke final Piala Dunia sejak Uruguay pada 1950 dan dalam bola sepak moden, pencapaian itu cukup besar sekali.

“Bagi bola sepak Croatia dan Croatia sebagai negara, ini adalah sejarah baharu tertulis,” kata Dalic.

“Kami akan menentang England dalam Liga Negara-Negara (bulan Oktober) dan kami tidak mempunyai stadium sempurna untuk beraksi. Tetapi kami mempunyai hati, maruah dan pemain kami dan ia adalah apa yang benar-benar penting untuk kami.” — AFP

 ??  ?? DALIC
DALIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia