Utusan Borneo (Sarawak)

Jurugambar AFP secara tidak sengaja ‘turut sama’ meraikan gol jaringan Mandzukic

-

MOSCOW, Rusia: Apabila Croatia menjaringk­an gol yang membawa mereka ke final Piala Dunia Rabu lepas, seorang jurugambar agensi berita AFP secara tidak sengaja menjadi sebahagian dari keraian apabila beliau berada di bawah timbunan pemain yang bergembira.

Selepas Mario Mandzukic menjaringk­an gol pada masa kecederaan untuk memberikan Croatia kemenangan 2-1 ke atas England pada perlawanan separuh akhir, beliau berlari ke arah sudut padang di Stadium Luzhniki untuk berkongsi kegembiraa­n dengan rakan- rakan sepasukann­ya.

“Saya sedang menukar lensa saya ketika pemain berlari ke arah saya,” kata jurugambar, Yuri Cortez, yang berada bersebelah­an dengan papan iklan tepi padang.

“Mereka terus datang ke arah saya dan mereka kemudian terjatuh menimpa saya! Ia saat cukup gila, mereka berasa sangat gembira dan kemudian mereka menyedari saya berada di bawah mereka,” kata Cortez, yang berpangkal­an di Kota Mexico.

Sepantas kilat, beliau kemudian mengangkat kameranya dan mengambil beberapa gambar jarak dekat kegembiraa­n pemain Croatia.

“Kemudian mereka bertanya jika saya OK. Seorang pemain mengambil lensa saya dan seorang lagi pemain (Domagoj Vida) memberi- kan saya ciuman.”

Croatia melangkah ke final pertama dalam sejarah mereka dan akan menentang Perancis pada Ahad ini. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MEMORI TERISTIMEW­A: Rakitic (tengah dua kanan) bertanya tentang keadaan Cortez selepas dihempap oleh para pemain Croatia ketika meraikan gol jaringan Mandzukic pada perlawanan menentang England di Stadium Luzhniki, Moscow Paris kelmarin.
— Gambar Reuters MEMORI TERISTIMEW­A: Rakitic (tengah dua kanan) bertanya tentang keadaan Cortez selepas dihempap oleh para pemain Croatia ketika meraikan gol jaringan Mandzukic pada perlawanan menentang England di Stadium Luzhniki, Moscow Paris kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia