Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan di Assen motivasi Marquez hadapi perlumbaan MotoGP Jerman

-

SACHSENRIN­G, Jerman: Pendahulu keseluruha­n, Marc Marquez, berkata beliau akan menggunaka­n kemenangan pada perlumbaan di Assen minggu lepas sebagai motivasi untuk perlumbaan MotoGP Jerman di Sachsenrin­g Ahad ini.

Pelumba pasukan Repsol Honda itu memenangi perlumbaan di Belanda selepas perlumbaan yang menyaksika­n 15 pelumba melepasi garisan penamat dengan hanya perbezaan 16.043 saat.

Ia adalah penamat paling rapat dari 15 pelumba teratas dan satu kemenangan memberangs­angkan buat Marquez.

Litar di Sachsenrin­g adalah litar paling pendek dengan hanya 3.67km tetapi ia juga sempit dan banyak selekoh, jadi ia juga boleh membawa kesan yang sama seperti di Assen.

Apa yang pasti, Marquez dan rakan sepasukann­ya, Dani Pedrossa, menguasai perlumbaan di litar ini, sebuah litar jalanan di bandar Chemnitz, timur Jerman.

M e r e k a juga menang 14 kali di antara mereka dan menaiki podium bersamasam­a sebanyak tiga kali – pada 2014, 2015 dan 2017.

Marquez sudah menang lapan kali berturut- turut dalam tiga kelas perlumbaan di sini di mana 10 dari 13 selekohnya di arah kiri, setiap kemenangan bermula dari petak pertama.

Selepas memulakan kemenangan dalam kelas 125cc pada 2010, beliau menang dua kali dalam kelas Moto2 (2011 dan 2012) dan lima kali dalam kelas Mot o G P ( 2 0 1 3 , 2 0 1 4 , 2 0 1 5 , 2 0 1 6 d a n 2017). Kemenangan MotoGP terakhir Pedrosa di sini ialah pada 2012, selepas turut menang pada 2007, 2010 dan 2011. “Kemenangan kami di Assen adalah penting kerana ia adalah satu perlumbaan di mana ia adalah mudah untuk melakukan kesilapan tetapi sebaliknya, kami dapat menjarakka­n kedudukan dalam saingan kejuaraan dunia,” kata Marquez. “Sekarang kami akan ke litar yang sangat berbeza di mana kami kebiasaann­ya sangat kuat, tetapi setiap tahun adalah berbeza.” Marquez menambah: “Cuaca mungkin memainkan peranan penting, seperti yang kita lihat sebelum ini: jika ia hujan atau hujan dan pantas, semuanya akan berubah dengan sangat cepat dan anda harus bersedia. “Jadi kita akan lihat. Kami akan ke sana dan c u b a m e n - c a r i renta k d a n bermu- la dengan baik dan akan cuba memburu podium sekali lagi.”

Marquez mengumpul 140 mata dari lapan perlumbaan MotoGP setakat musim ini, dengan 10 lagi perlumbaan menanti.

Di tempat kedua dan ketiga adalah dua pelumba jentera Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales (masingmasi­ng 99 dan 92 mata).

Johann Zarco dari Yamaha Tech3 di tempat keempat, di hadapan Andrea Dovizioso (Ducati) dan Cal Crutchlow (Honda) dengan berkongsi 79 mata.

Rossi, yang menduduki tempat kelima di Assen dan masih belum memenangi sebarang perlumbaan musim ini, menaiki podium di Sachsenrin­g sebanyak sembilan kali termasuk empat kemenangan.

Bagaimanap­un, Rossi menamatkan perlumbaan hampir 15 saat di belakang Marquez di sini musim lepas, sesuatu yang beliau mahu perbaiki.

“Perlumbaan MotoGP Jerman tahun lepas adalah minggu paling tidak positif bagi kami, jadi ia adalah sangat penting untuk memahami potensi kami hujung minggu ini,” kata beliau. — AFP

 ??  ?? MARQUEZ
MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia