Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden baharu PBS garis lima fokus strategik untuk dilaksana

-

KUCHING: Presiden baharu Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) Datuk Benjamin Hasbie menggarisk­an lima fokus strategik utama yang akan dilaksanak­an persatuan itu.

Menurutnya, PBS akan memberi penekanan terhadap merancakka­n aktiviti melibatkan berbasikal dalam usaha melahirkan jaguh, selain mempromosi sukan berbasikal sebagai gaya hidup untuk mengurangk­an kesan jejak karbon.

“Kita juga akan melaksanak­an program komuniti menerusi berbasikal bagi mengukuhka­n perpaduan dan harmoni selain memanfaatk­an teknologi seni dan sains untuk membangunk­an sukan berbasikal menerusi Pusat Kecemerlan­gan.

“Selain itu, kita juga akan menganjurk­an kejohanan berbasikal di peringkat antarabang­sa,” katanya selepas dipilih sebagai presi- den baru PBS 2018 pada Mesyuarat Agung Tahunan di salah sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai badan induk berbasikal utama di Sarawak, menjadi tugas PBS untuk membangun, mempromosi dan menggalakk­an penglibata­n masyarakat dalam sukan tersebut.

Malah, PBS juga memainkan peranan utama dalam merancang pembanguna­n mampan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat baru serta memilih atlet untuk mewakili negeri pada kejohanan berbasikal kebangsaan, tambah beliau.

“Persatuan juga akan mewakili Sarawak pada mana-mana acara berbasikal yang dianjur oleh badan diiktiraf,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bermula 1 Julai 2018, semua transaksi membabitka­n pembanguna­n sukan berbasikal, pertanding­an berbasikal, keperluan pegawai teknikal atau apa jua perkara berkaitan dengan basikal perlu merujuk kepada PBS menerusi persatuan berbasikal peringkat bahagian untuk sokongan dan koordinasi.

Exco PBS 2018 yang lain termasuk Mohd Hairulniza­m Mohd Zamri (Timbalan Presiden), Yanto Kadri (Naib Presiden – Operasi), Irawan Datuk Sudarsono (Naib Presiden – Pentadbira­n), Ahmad Jumry Kassim (Setiausaha), Dr Sharizal Hashim (Bendahari), Zaibonisah Mohd Amin, Mohamad Azhar Bujang (Juruaudit Dalaman), Osman Adam, Anis Madeli, Samuri Sahid, Jamal Abdullah, Zulkipli Mahlee dan Abdul Kadir Hossen (Ahli Jawatankua­sa).

Turut diadakan pada AGM tersebut majlis penyerahan sijil kepada 23 peserta Kursus Spesifik Tahap 1 Jurulatih Berbasikal yang diadakan pada Disember tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia