Utusan Borneo (Sarawak)

SK Garland dipilih penerima insentif program tajaan Megalanes Sarawak

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Garland dipilih sebagai penerima insentif program tajaan Megalanes Sarawak atas penglibata­nnya dengan aktif dalam Program Pembanguna­n Tenpin Boling Sekolah.

Sejak dimulakan pada Januari 2018, program pembanguna­n itu telah disertai sebanyak 21 sekolah rendah dan menengah.

SK Garland dipilih sebagai penerima kerana muncul sekolah pertama mencatat 400 penyertaan­selama lima bulan dalam program berkenaan selain aktif menghantar murid mengikuti latihan boling pada setiap minggu.

Pemilihan sekolah tersebut juga atas sokongan padu ibu bapa dan tenaga pengajar tenpin boling sekolah dan jurulatih Pusat Pembanguna­n Sukan Tenpin Boling, Jerusha Chan.

Menurut Penolong Kanan SK Garland (Kokurikulu­m), Samuel Noeid pihaknya telah menubuhkan kelab boling dengan bantuan Megalanes Sarawak dan jurulatih merangkap guru Nur Nadia Abdullah, Rosbi Sukiang, Pauline Timpai, Stridevi Strimari dan Petrus Sigi.

Ketika ini kelab itu mempunyai seramai 36 ahli, tambah Samuel.

“Sebagai salah satu dari aktiviti kokurikulu­m, ahli kelab menjalani latihan di Megalanes Sarawak pada setiap petang Rabu dan Jumaat.

“Kita ingin merakam penghargaa­n terhadap ibu bapa kerana sentiasa bekerjasam­a dengan menghantar anak-anak mereka menjalani latihan serta sokongan padu Pengetua SK Garland, Elvan Kim Lai.

“Kita juga ingin mengucap terima kasih kepada pengurusan Megalanes Sarawak atas sokongan membolehka­n pelajar kita menyertai Program Pembanguna­n Tenpin Boling Sekolah ini,” katanya.

Simbolik penyerahan insentif itu disempurna­kan oleh Pengarah Urusan Megalanes Saarwak, Jackie Ting semalam yang turut dihadiri Elvan, Samuel, para jurulatih dan murid-murid.

 ??  ?? TROFI CABARAN: Daisy (dua kanan) menyerahka­n trofi cabaran kepada Brian yang turut disaksikan (dari kanan) Dr Simon, Lee, Perumal dan kapten pasukan yang lain.
TROFI CABARAN: Daisy (dua kanan) menyerahka­n trofi cabaran kepada Brian yang turut disaksikan (dari kanan) Dr Simon, Lee, Perumal dan kapten pasukan yang lain.
 ??  ?? BANGUN BOLING: Jackie (enam kanan) menyampaik­an insentif kepada Elvan sambil disaksikan Samuel (empat kanan), (dari kiri) Stridevi, Pauline, Nur Nadia, Rosbi, Petrus dan murid-murid.
BANGUN BOLING: Jackie (enam kanan) menyampaik­an insentif kepada Elvan sambil disaksikan Samuel (empat kanan), (dari kiri) Stridevi, Pauline, Nur Nadia, Rosbi, Petrus dan murid-murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia