Utusan Borneo (Sarawak)

16 pasukan rebut Trofi Cabaran Quality Concrete Match Play SCC

-

KUCHING: Sejumlah 16 pasukan golf dari Sarawak dan Malaysia bakal berentap pada Trofi Cabaran Quality Concrete Match Play Antara Pasukan Samarahan Country Club ( SCC) yang akan diadakan di SCC dari 14 Julai hingga 6 Oktober 2018.

Cabaran itu merupakan salah satu dari temasya besar golf di Sarawak yang sentiasa menarik penyertaan pemain- pemain ternama tempatan.

Pasukan yang mengesahka­n penyertaan pada edisi kali ini ialah Warriors, TeeOff Club, HKH, Landseair, HGA Golf Team, Cahya Mata, HH, Samarahan Crocs, Keruk 16, GXPB, Mafia Hukum, Ibaq Lel, King Labang, JJ5, TPG dan Harmoni.

Juara bertahan, HGA Golf Team sekali turun untuk mempertaha­nkan kejuaraan pada cabaran kali ini pada perlawanan yang akan menggunaka­n sistem kalah mati.

Pada majlis ringkas di SCC semalam, Pengurus Quality Concrete hadir menyerahka­n trofi cabaran kepada Presiden SCC, Brian Chien.

Hadir sama Kapten SCC Lee Kui Thiam, Timbalan Presiden SCC Dr Simon Sinang, Pengurus Besar Perumal Ramasamy dan semua kapten pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia