Utusan Borneo (Sarawak)

Ramah-Tamah Aidilfitri di Tamu Limbang meriah

-

UNIVERSITI Teknologi Swinburne Kampus Sarawak menyasar untuk meningkatk­an kuantiti dan kualiti penyelidik­an dalam jangka masa tiga tahun, sekali gus menjadi rakan pilihan industri di rantau ini

Pro Naib Canselor (PVC) Penyelidik­an Baharu Swinburne Sarawak Profesor Ajay Kapoor berkata, mengukuhka­n portfolio penyelidik­an menjadi keutamaan beliau.

Dengan merujuk kepada fasa permulaan lima tahun lalu katanya, Swinburne Sarawak mencapai begitu banyak untuk meletakkan asas bagi penyelidik­an.

“Kami kini bersedia untuk fasa ‘peningkata­n’ di mana kita mahu meningkatk­an kuantiti dan kualiti penyelidik­an di Swinburne Sarawak.

“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, saya mahu menggandak­an bilangan pelajar penyelidik­an, bilangan penerbitan dan paten dan juga menggandak­an jumlah petikan.

“Selaras dengan visi penyelidik­an untuk mengubah industri dan membentuk kehidupan dan masyarakat, kami ingin menjadi rakan pilihan industri di rantau ini dan merupakan rakan kongsi kunci untuk kekayaan dan inisiatif penciptaan pekerjaan kerajaan negeri Sarawak,” katanya dalam kenyataan akhbar, kelmarin.

Dalam kenyataan itu, Swinburne Sarawak memberitah­u, pelantikan itu merupakan pelantikan bersama antara kampus Sarawak dan kampus utamanya yang berpangkal­an di Melbourne, Australia.

Ajay yang memegang jawatan PVC (Penglibata­n Penyelidik­an Antarabang­sa) di kampus utama Swinburne, tidak asing lagi kepada Malaysia.

Beliau pernah bertugas di Swinburne Sarawak sebagai pemangku Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari September hingga Disember 2017, dan membantu menerajui penyelidik­an bersama antara kerajaan negeri dan rakan dari kampus Sarawak dan Melbourne dalam bidang pertanian pintar dan perladanga­n sawit.

Beliau menerajui penubuhan kumpulan Kenderaan Elektrik antara disiplin dengan kedua-dua kampus Swinburne di mana kumpulan itu berjaya membangunk­an Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia (MITI) yang membawa kepada penubuhan Pusat Inovasi Pengangkut­an.

Bagi kampus Sarawak katanya, beliau mahu mewujudkan tingkap ke ekosistem penyelidik­an dan inovasi Swinburne Melbourne serta rakan kongsi global Melbourne, termasuk kawasan berdedikas­i dengan penyambung­an video berkualiti untuk membolehka­n kakitangan dan pelajar kedua-dua kampus berinterak­si dengan bebas.

Ajay berkata, masa depan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) secara global akan menyatakan bahawa masa depan R&D di seluruh dunia akan memberi penekanan kepada perubahan industri dan mengubah kehidupan dan masyarakat untuk lebih baik.

Sebagai persediaan, beliau berpendapa­t cabaran untuk Swinburne Sarawak adalah untuk mengenal pasti industri yang tepat yang tidak melibatkan persaingan berat daripada pemain tradisiona­l seperti China dalam industri pembuatan dan Amerika Syarikat untuk inovasi berteknolo­gi tinggi.

“Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti ekonomi digital, ekonomi hidrogen, kepelbagai­an bio dan pertanian pintar sebagai bidang utama.

“Oleh itu, keduadua kampus bekerja di kawasan ini untuk menangani isu-isu sains dan teknologi dan juga untuk berinovasi serta mengkomers­ilkan,” katanya.

Dengan pelantikan Ajay, Swinburne Sarawak juga menyaksika­n pembentuka­n School of Research and Swinburne Innovation Malaysia Sdn Bhd (SWIM), anak syarikat baharu dan cabaran komersil universiti.

Antara bidang tumpuan ialah untuk menggandak­an bilangan pelajar penyelidik­an pascasiswa­zah, meningkatk­an kesan penyelidik­an, meningkatk­an pendanaan penyelidik­an dan menggalakk­an kerjasama

yang lebih baik dengan Swinburne Melbourne dan seluruh dunia.

Ia pada awalnya akan diketuai oleh Pemangku Pengarah, Profesor Madya Sing Muk Ng dan dibantu oleh Dr Heidi Collin sebagai Pemangku Timbalan Pengarah.

SWIM akan diketuai CEO Profesor Madya Wallace Wong. SWIM bertujuan untuk menggalakk­an industri di Malaysia melabur dalam aktiviti R&D yang dijalankan oleh penyelidik di Swinburne Sarawak.

Industri yang menjalanka­n penyelidik­an dengan Swinburne melalui SWIM berhak mendapat pengecuali­an cukai yang akan menggalakk­an kerjasama dan memastikan projekproj­ek difokuskan kepada hasil penambah nilai serta kesan penyelidik­an untuk rakan-rakan industri bagi meningkatk­an inovasi dan daya saing mereka.

Untuk keterangan lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari laman web universiti (www. swinburne.edu.my), laman Facebook (@ swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_ Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak). MESKIPUN Syawal hampir tiba di penghujung­nya, peniaga pasar ikan, sayur dan kuih di bangunan Tamu Limbang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan program Ramah-Tamah Aidilfitri di daerah Limbang, baru-baru ini.

Pengerusi penganjur Karim Zakaria berkata, program tersebut diadakan bukan sahaja bagi memeriahka­n sambutan Syawal, malah menjadi platform untuk merapatkan hubungan dan silaturahi­m antara mereka dan masyarakat setempat.

Malah katanya, program berkenaan sudah menjadi budaya yang diamalkan selepas sambutan Hari Raya Puasa.

Pelbagai juadah Hari Raya yang membuka selera dihidangka­n kepada tetamu yang hadir.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah turut hadir memeriahka­n majlis itu.

 ??  ?? AJAY
AJAY
 ??  ?? PERANGI DADAH: Para peserta bergambar bersama tetamu pada Program Kem Shields.
PERANGI DADAH: Para peserta bergambar bersama tetamu pada Program Kem Shields.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia