Utusan Borneo (Sarawak)

Love Run jemput sertai program bersihkan pantai Oya 22 Julai ini

-

KUMPULAN sukarelawa­n Love Run menjemput orang ramai untuk menyertai Program Bersihkan Pantai Oya, Dalat sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini.

Pantai Oya di Dalat, Mukah merupakan salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Namun masalah sampah yang dibuang merata-rata tempat terutama di kawasan pantai sering menjadi isu sehingga menimbulka­n masalah pencemaran laut.

Peningkata­n drastik pencemaran laut berasaskan sampah merupakan isu yang begitu meruncing sejak kebelakang­an ini.

Setiap tahun puluhan ribu hidupan marin terkorban akibat tercekik, terperangk­ap atau termakan sampah tersebut.

Atas sikap dan kesedaran semua pihak untuk menjalanka­n tanggungja­wab bagi memelihara kebersihan alam sekitar, sebagai inisiatif tersebut, Program Bersihkan Pantai Oya akan diadakan sempena Hari Sarawak 722.

Fokus program bagi memastikan kebersihan pantai sekitar Oya, Dalat ini menitikber­atkan usaha menanam kesedaran tentang kepentinga­n menjaga alam sekitar di kalangan masyarakat tempatan.

Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan agar pantai ini dipulihkan untuk kembali menjadi kawasan rekreasi yang bersih dan ceria.

Kepada orang awam yang ingin menyertai Program Bersihkan Pantai Oya, Dalat, program dijadualka­n bermula pada jam 4 petang hingga 6 petang dengan tema baju warna biru.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Justin di talian 0128919638, Boris (013-8080032) atau Min Lee (010-9674382).

 ??  ?? JOM SERTAI: Program 722 Bersihkan Pantai Oya diadakan pada 22 Julai ini.
JOM SERTAI: Program 722 Bersihkan Pantai Oya diadakan pada 22 Julai ini.
 ??  ?? PERSIAPAN AWAL: Para sukarelawa­n melekatkan poster serta mengedarka­n borang penyertaan.
PERSIAPAN AWAL: Para sukarelawa­n melekatkan poster serta mengedarka­n borang penyertaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia