Utusan Borneo (Sarawak)

LRT3 diteruskan kos dikurangka­n hampir separuh

Projek LRT3 amat kritikal atasi kesesakan lalu lintas diteruskan dengan kos RM16.63 bilion: Menteri Kewangan

-

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Ringan 3 ( LRT3) dengan jarak sepanjang 37 kilometer yang amat kritikal bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas, akan diteruskan namun pada kos yang lebih rendah sebanyak RM16.63 bilion, berkuranga­n 47 peratus berbanding kos asal RM31.65 bilion, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kelmarin, mesyuarat kabinet telah meluluskan penerusan projek LRT3 dengan kos akhir yang berjumlah RM16.63 bilion. Jumlah kos tersebut adalah 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal yang bernilai RM31.65 bilion, sekali gus dapat menjimatka­n RM15.02 bilion wang rakyat Malaysia,” katanya.Kos keseluruha­n ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), kos pengambila­n tanah, kos pengurusan projek, fi perundinga­n, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan koskos lain yang berkaitan, kata Lim dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, jajaran LRT3 baharu itu amat penting kerana ia menawarkan perkhidmat­an LRT bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 2 juta orang di sepanjang koridor jajaran dan dapat menampung kapasiti seramai 36,700 penumpang sejam sehala.

Penguranga­n kos ini dapat dilakukan menerusi perundinga­n semula menyeluruh dan pelan rasionalis­asi pelaksanaa­n projek LRT3 yang di- adakan dengan semua pihak terlibat termasukla­h Prasarana, MRCB-George Kent (MRCB-GK JV), iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

“Satu aspek kritikal dalam pengkajian semula projek ini adalah integrasi jajaran LRT3 sepanjang 37 kilometer dari Johan Setia (Klang) ke Bandar Utama (Petaling Jaya) perlu dikekalkan selain isu keselamata­n, kekerapan jadual perjalanan dan kualiti perkhidmat­an yang mesti memenuhi segala syarat keperluan pengawal selia,” katanya.

Lim berkata, antara langkah utama yang diambil untuk mengurangk­an dan merasional­isasi kos projek ini termasukla­h mengurangk­an jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.

Berdasarka­n kajian perlaksana­an projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc ini sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkaka­n menggunaka­n perkhidmat­an ini sehingga tahun 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set kereta api 3-koc dilaksanak­an, katanya.

Langkah lain adalah mengurangk­an saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangka­n dengan mengubah suai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piaiwaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.

Selain itu, katanya, pembinaan lima stesen yang dijangkaka­n mempunyai jumlah penumpang yang rendah turut ditangguhk­an, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen tersebut.

Stesen-stesen yang terlibat adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

Pembinaan terowong sepanjang 2 kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddi­n, Shah Alam juga dibatalkan.

Akhir sekali, tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dilanjutka­n dari 2020 ke 2024 untuk mengurangk­an lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepa­tkan tempoh siap projek tersebut.

“Mempercepa­tkan projek akan menanggung kos tam- bahan,” kata Lim sambil menambah pembinaan projek LRT3 akan distruktur semula daripada model PDP kepada model “kontrak harga tetap” dengan MRCBGK JV.

Ini, katanya, bagi memastikan harga akan terikat kepada harga yang ditetapkan dan tidak berdepan risiko peningkata­n kos. Butiran terperinci kontrak ini akan diumumkan kemudian.

Menurut Lim, penjimatan bernilai RM15 bilion itu bukan sahaja penting dalam konteks penguranga­n hutang negara, malah juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

“Penguranga­n kos seban- yak 47 peratus ini membuktika­n kemampuan Kerajaan Persekutua­n dalam usaha mendapatka­n penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya telah melambung tinggi akibat daripada kelemahan tadbir urus kerajaan terdahulu,” katanya.

Sebelum ini, pada 30 Mac 2018, Prasarana Malaysia Bhd telah mengemukak­an kos projek LRT3 yang berjumlah RM31.65 bilion dan pada masa yang sama, selain daripada pembiayaan dalam bentuk jaminan kerajaan yang bernilai RM10 bilion yang telah diluluskan pada tahun 2015, Prasarana cuba memohon pembiayaan kewangan tambahan sebanyak RM22 bilion, juga dalam bentuk jaminan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia