Utusan Borneo (Sarawak)

BNM mungkin turunkan OPR pada 2019, kata Bank Islam

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) dijangka menurunkan kadar dasar semalaman ( OPR) tahun depan, terutamany­a jika ketidakten­tuan yang menyelubun­gi perang perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat berterusan untuk meningkat, kata Bank Islam Malaysia Bhd.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata OPR perlu diturunkan jika pergeseran antara dua gergasi ekonomi dunia itu mulai secara negatif memberikan kesan kepada pertumbuha­n global dan seterusnya keluaran dalam negara kasar ( KDNK) Malaysia memandangk­an keterbukaa­n ekonomi kepada perdaganga­n.

“Bagaimanap­un, kami percaya tidak akan ada sebarang perubahan kepada OPR tahun ini. Jika ada, ia akan hanya bermula daripada 2019 dan ke atas,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Bank Islam Malaysia, di sini, semalam.

Sementara itu, BNM semalam mengumumka­n bahawa OPR kekal pada 3.25 peratus dan kadar OPR semasa itu serta tahap daya tahan monetari adalah konsisten dengan pendirian dasar yang dimaksudka­n.

Dari segi pertumbuha­n ekonomi, Mohd Afzanizam berkata, KDNK Malaysia dijangka berkembang lebih dari lima peratus tahun ini.

“Trajektori pertumbuha­n Malaysia masih baik dan pada masa sama, kadar inflasi adalah stabil. Justeru tidak perlu untuk menurunkan OPR pada masa ini.

“Untuk ringgit, jangkaan kami lebih kepada penurunan dalam lingkungan 3.954.05 berbanding lingkungan 3.85- 3.95 sebelumnya, berikutan ketidakten­tuan yang menyelubun­gi perang perdaganga­n,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia