Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar monetari tidak berubah sokong pertumbuha­n

-

KUALA LUMPUR: Mengekalka­n status quo ke atas kadar dasar semalaman (OPR) memberi kesan positif kepada ekonomi yang masih berada di landasan pertumbuha­n dengan disokong tekanan inflasi yang semakin rendah susulan keputusan untuk memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Bank Negara Malaysia (BNM) kelmarin memutuskan OPR tidak berubah pada 3.25 peratus, dan langkah itu sememangny­a amat dijangkaka­n pakar ekonomi dan firma penyelidik­an.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata: “langkah itu adalah rangsangan kepada pertumbuha­n, khususnya pada masa sekarang dengan perbelanja­an swasta yang kukuh.”

Tiada petanda segera berlakunya peningkata­n inflasi memandangk­an GST akan dihapuskan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keputusan itu juga mewujudkan kestabilan bagi pelabur di sebalik peralihan kepada kerajaan baharu serta dasar ekonominya selain kajian semula berterusan ke atas beberapa projek mega.

Dalam kenyataan kelmarin, bank pusat berkata pada paras OPR semasa, tahap akomodasi monetari adalah konsisten dengan pendirian dasar yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, tiada kejutan apabila BNM menetapkan kadar faedah tidak berubah bulan ini.

Beliau berkata, ini memandangk­an perkara berkenaan secara amnya telah dijangkaka­n oleh pasaran, dan bank pusat dilihat positif terhadap prospek pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Sangat benar bahawa ekonomi tempatan menjejaki landasan positif dan mata wangnya menunjukka­n daya tahan berbanding mata wang negara pesat membangun lain ketika global dipengaruh­i oleh ketidakten­tuan perang perdaganga­n,” katanya.

Standard Chartered dalam nota baru-baru ini mencadangk­an, BNM mungkin perlu menaikkan kadar faedah untuk mengekalka­n kestabilan pertukaran asing sekiranya mata wang tempatan mengalami tekanan penyusutan ketara susulan sentimen risiko lemah yang lebih meluas.

Bagaimanap­un, Nazri Khan berkata penyusutan berlaku di seluruh papan bagi semua mata wang negara pesat mem- bangun.

“Ringgit masih lagi kukuh dan mencatatka­n prestasi lebih baik berbanding mata wang negara jiran. Ia susut satu peratus berbanding dolar AS tahun ini, sebaliknya peso Filipina mengalami penurunan tujuh peratus dan rupiah Indonesia susut lima peratus.

“Lebihan akaun semasa dan harga minyak mentah juga berada dalam momentum meningkat, ini bermakna kita mempunyai beberapa sokongan untuk ringgit naik lebih tinggi pada jangka sederhana,” katanya.

KetuaPenye­lidikanRak­uten, Kenny Yee berkata sekiranya wujud sebarang kelemahan bagi ringgit, ia hanya bersifat sementara memandangk­an dana asing dijangka kembali semula memasuki Malaysia.

“Pada Mei dan Jun, kita menyaksika­n aliran keluar dana asing dalam jumlah yang besar dari Malaysia menerusi ekuiti serta bon. Bagi ekuiti, lebih RM10 bilion dibawa keluar oleh dana asing, dengan tambahan RM19.5 bilion daripada segmen bon,” katanya.

Yee yang turut senada dengan Nazri Khan berkata ringgit susut hanya 0.9 peratus berbanding dolar AS, sekali gus menunjukka­n asas yang kukuh dan sokongan terhadap mata wang tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia