Utusan Borneo (Sarawak)

Country Grocers buka cawangan baharu di Miri

Tawar pelbagai produk bermutu diimport dari Jepun dan United Kingdom untuk pelanggan

- Oleh Eric Edward

MIRI: Country Grocers, sebuah pasar raya terbaharu di Miri mengadakan majlis pembukaann­ya semalam.

Dengan pembukaan baharu ini, Country Grocers Group kini memiliki dua pasar raya di Sarawak, selepas yang pertama dibuka di Sibu pada 8 Mei lepas.

Dalam kenyatan media ketua pegawai eksekutifn­ya, David Kong berkata pasar raya ini menawarkan pelbagai produk bermutu tinggi yang diimport dari Jepun dan United Kingdom seperti biskut, bijirin, buahbuahan, sayur-sayuran, keju, makanan laut, daging, sos dan banyak lagi.

Terletak di tingkat bawah medan makan ‘Food Bazaar’ di Taman Selera di pesisir pantai Tanjong Lobang di sini, pasar raya ini turut menjual semua jenis keperluan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging, ikan dan udang pada harga berpatutan kepada pengguna.

“Country Grocers menawarkan kepada warga Miri satu lagi destinasi membelibel­ah, menyediaka­n pelbagai barang keperluan seperti yang terdapat di pusat-pusat beli-belah di Kuching dan Singapura, seterusnya menjimatka­n masa dan wang anda,” katanya.

Sementara itu, pengarah Country Grocers Aelene Siang menambah bahawa konsep unik pasar raya ini bertujuan mewujudkan pengalaman membeli-belah yang berbeza untuk warga Miri.

Di dalam pasar raya tersebut akan terdapat juga kedai ‘Deli Corner’ yang menawarkan makanan seperti kek, roti, produk bakeri dan pelbagai nasi antaranya ialah nasi rendang daging. Ia juga menyediaka­n ruang tempat duduk untuk minum dan menjamu selera.

Selain itu, ruang khas yang dinamakan ‘Shojikiya Store’ turut memperkena­lkan pelbagai produk yang diimport dari Jepun seperti ramen (mi segera Jepun).

Beliau juga menyeru para pelanggan untuk memohon keahlian pasar raya Country Grocers yang boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi telefon pintar.

Dilancarka­n pada 8 Jun 2018, aplikasi ini membolehka­n para ahli hanya menggunaka­n telefon pintar mereka ( tanpa menggunaka­n kad keahlian) semasa membelibel­ah. Para ahli boleh menik- mati harga istimewa serta pengumpula­n mata di mana mata-mata terkumpul boleh ditebus untuk mendapatka­n baucar tunai.

Aelene turut menambah bahawa Country Grocers Group akan mengambil alih medan makan Food Bazaar yang terletak di tingkat atas pasar raya tersebut. Proses pengubahsu­aian medan makan ini akan bermula tidak lama lagi.

Apabila siap nanti, medan makan baharu akan menyediaka­n lebih banyak pilihan makanan kepada pengunjung, seterusnya merancakka­n aktiviti perniagaan di Taman Selera.

Turut hadir pada majlis perasmian semalam ialah para pegawai kanan Country Grocers Group termasuk Pengurus Jualan dan Pemasaran Rebecca Wong, Eksekutif Jualan Haru Bong dan Pengurus Kewangan Sandy Tan.

 ??  ??
 ??  ?? ‘ORANG KUAT’: Dari kiri: Rebecca Wong, Haru Bong, Aelene Siang, David Kong dan Sandy Tan bergambar di hadapan pasar raya Country Grocers yang baharu dibuka.
‘ORANG KUAT’: Dari kiri: Rebecca Wong, Haru Bong, Aelene Siang, David Kong dan Sandy Tan bergambar di hadapan pasar raya Country Grocers yang baharu dibuka.
 ??  ?? TUMPUAN: Orang ramai berpusu-pusu membeli-belah di pasar raya Country Grocers pada hari pembukaann­ya semalam.
TUMPUAN: Orang ramai berpusu-pusu membeli-belah di pasar raya Country Grocers pada hari pembukaann­ya semalam.
 ??  ?? SELESA: Ruangan yang menempatka­n pelbagai makanan segar memudahkan pelanggan membuat pilihan.
SELESA: Ruangan yang menempatka­n pelbagai makanan segar memudahkan pelanggan membuat pilihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia