Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n getah asli meningkat 0.2 peratus pada Mei 2018

-

KUALA LUMPUR: Pengeluara­n getah asli Malaysia meningkat 0.2 peratus pada Mei 2018 kepada 35,789 tan berbanding 35,726 tan pada April 2018, kata Jabatan Perangkaan menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu menyatakan pengeluara­n merosot 18.6 peratus.

“Harga purata lateks pekat merekodkan 487.03 sen sekilogram manakala harga pu- rata Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) sebanyak 561.11 sen sekilogram. Kedua-duanya meningkat 9.3 peratus dan 6.1 peratus berbanding harga purata April 2018,” katanya.

Eksport getah asli meningkat 7.6 peratus kepada 57,263 tan, sebahagian besarnya dihantar ke China, Jerman, Iran, Turki dan Finland.

Penggunaan getah asli dalam negara pada Mei 2018 meningkat 1.5 peratus kepada 44,043 tan.

Jabatan itu berkata getah asli digunakan secara meluas dalam industri sarung tangan getah, sebanyak 33,299 tan atau 75.6 peratus daripada penggunaan domestik getah asli.

Stok getah asli yang direkodkan pada akhir Mei 2018 sebanyak 216,674 tan, merosot 4.6 peratus berbanding 253,799 tan pada akhir April 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia