Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi dalam kawal selia minyak dan gas: KM

Usaha mendapatka­n kembali hak-hak Sarawak yang terhakis tidak bermakna Sarawak mahu keluar dari Malaysia

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak atau individu dalam pengawalse­liaan sumber minyak dan gas di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, banyak hak dan kuasa Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Malaysia telah terhakis.

Sebab itu katanya, beliau telah membuat keputusan untuk Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Seperti kata-kata Allahyarha­m Tok Nan, Malaysia tidak akan wujud jika Sabah, Sarawak, Singapura tidak menyertai dan membentuk Malaysia.

“Sebab itu, saya meneruskan usaha mendapatka­n kembali hak kuasa kita termasuk pengawalse­liaan minyak dan gas kita.

“Syukur, dua hari lepas kita telah luluskan pindaan Rang Undang-Undang Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) untuk memberikan kita kuasa tertentu dalam industri minyak dan gas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n buku bertajuk ‘Deals, Datus and Dayaks- Sarawak and Brunei in the Making of Malaysia’ hasil karya Profesor Michael Leigh, semalam.

Pelancaran buku tersebut berlangsun­g di Galeri Pustaka Negeri Sarawak di sini dan turut dihadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip serta Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan.

Abang Johari berkata, usaha mendapatka­n kembali hak-hak Sarawak yang terhakis tidak bermakna Sarawak mahu keluar dari Malaysia.

Tetapi katanya, beliau beranggapa­n bahawa sebagai sebuah persekutua­n, hak setiap wilayah dalam konteks Persekutua­n Malaysia mesti dihormati.

Sebagai pemimpin Sarawak katanya, beliau dan rakanrakan yang lain perlu sedar akan perkara ini dan beliau percaya asas untuk sebuah Malaysia yang gembira ialah semua ahli persekutua­n dijaga dengan baik.

Bercakap mengenai buku tersebut, Abang Johari berkata, ia merupakan sebuah buku yang menarik mengenai sejarah Sarawak yang harus dibaca oleh rakyat negeri ini.

Dengan membaca buku ini katanya, sekurang-kurangnya rakyat akan tahu latar belakang mengenai negeri ini serta sejarah penubuhan Malaysia.

Antara kandungan buku ini ialah pemberonta­kan Brunei serta serangan Indonesia di sempadan Sarawak yang membawa kepada usaha penubuhan Malaysia.

Leigh memegang jawatan profesor di Universiti Sydney, Melbourne dan UNIMAS di mana beliau menubuhkan institut pengajian Asia Timur.

Syukur, dua hari lepas kita telah luluskan pindaan Rang Undang-Undang Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) untuk memberikan kita kuasa tertentu dalam industri minyak dan gas.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TANDA INGATAN: Abang Johari (empat kanan) menerima cenderahat­i berupa buku daripada Leigh (tiga kanan) pada majlis tersebut.
TANDA INGATAN: Abang Johari (empat kanan) menerima cenderahat­i berupa buku daripada Leigh (tiga kanan) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia