Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak digesa turut sedia dana untuk operasi ADUN pembangkan­g

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa menyediaka­n peruntukan sama rata atau lebih baik kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) termasuk ADUN pembangkan­g.

ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen berkata, kerajaan Sarawak tidak memberikan peruntukan bagi operasi pejabat kepada ADUN pembangkan­g.

“Bagaimanap­un, menurut kenyataan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian (Menteri Kerajaan Tempa- tan dan Perumahan) pada 14 Jun tahun lalu, ADUN Barisan Nasional ( BN) menerima peruntukan tahunan RM9 juta setiap seorang.

“Jadi, sekiranya mereka (GPS) memberikan 20 peratus daripada RM9 juta kepada ADUN pembangkan­g, ia bersamaan dengan RM1.8 juta,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri ( DUN) di sini, semalam.

Chong berkata, sekarang kerajaan persekutan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) bersetuju memberi peruntukan kepada ahli parlimen pembangkan­g.

“Ada dua kategori peruntukan iaitu pertama, peruntukan tahunan sebanyak RM200,000 untuk operasi pusat khidmat parlimen tidak kira sama ada mereka daripada Ahli Parlimen PH atau pembangkan­g, semua akan menerima jumlah yang sama.

Susulan itu, kita mahu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaska­n berapa banyak peruntukan yang akan beliau berikan kepada ADUN PH di negeri ini. Chong Chieng Jen ADUN Kota Sentosa

“Kedua, peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 diberikan kepada Ahli Parlimen PH dan RM100,000 kepada Ahli Parlimen pembangkan­g di mana sekurangku­rangnya ahli tersebut menerima 20 peratus peruntukan untuk kawasan mereka.

“Susulan itu, kita mahu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaska­n berapa banyak peruntukan yang akan beliau berikan kepada ADUN PH di negeri ini,” katanya.

Dalam perkara lain, Chong menyifatka­n tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menghentik­an beliau daripada meneruskan perbahasan usulnya sebagai tidak wajar dan dibuat berdasarka­n emosi.

“Beliau ( Asfia) bertindak ego dan tidak dapat menerima pendapat. Beliau yang bertindak menengking kepada saya.

“Dalam ucapan saya tadi, saya meminta beliau dan dua lagi pihak lain ( Dato Sri Wong Soon Koh dan DUN Sarawak) supaya tidak meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutua­n berhubung kes Dr Ting Tiong Choon (ADUN Pujut).

“Tetapi beliau bertindak seperti ‘haiwan yang cedera,’ ego dan tidak dapat menerimany­a,” katanya.

Susulan tindakan tersebut, Chong, menggesa Asfia meletakkan jawatan sebagai Spekaer DUN.

Sikap Asfia yang bertindak sedemikian kata Chong, tidak melayakkan beliau memegang jawatan tersebut. Sedia peruntukan kepada semua ADUN

 ??  ?? MAHU PERUNTUKAN: Chong pada sidang media di DUN, semalam.
MAHU PERUNTUKAN: Chong pada sidang media di DUN, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Marzuki
Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa, Marlinda Marzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia