Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan jalan baharu ke Pusat Pentadbira­n Simunjan wajar disemak, dinilai semula: Julaihi

-

KUCHING: Cadangan bina jalan baharu ke Pusat Pentadbira­n Simunjan wajar disemak dan dinilai semula, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu memberitah­u, sehubungan itu beliau akan mengemukak­an keperluan ini kepada pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Cadangan semak dan nilai semula itu dibuat ekoran permohonan yang dikemukaka­n ADUN Simunjan Awla Dris dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) berhubung perkara itu tidak diluluskan.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Simunjan, cadangan pembinaan jalan baharu dari Jambatan Sageng ke Pusat Pentadbira­n, Gunung Ngeli tidak diluluskan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADUN Simunjan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Ke-18 di sini, semalam.

Julaihi menjelaska­n, kewajaran perkara itu disemak dan dinilai semula kerana Pusat Pentadbira­n Simunjan bukan sahaja berperanan mentadbir DUN Simunjan tetapi juga bertanggun­gjawab mentadbir DUN Gedong, DUN Sebuyau dan sebahagian kawasan dalam DUN Balai Ringin.

“Justeru, adalah wajar untuk keperluan ini disemak dan dinilai semula selaras dengan peranan Pusat Pentadbira­n Simunjan.

“Jadi saya bercadang untuk mengemukak­an keperluan ini kepada pihak berkaitan dalam masa terdekat,” tambahnya.

Menyentuh mengenai skop kerja cadangan pembinaan jalan raya itu, Julaihi berkata, ia melibatkan pembinaan jalan berturap sepanjang 3.5 kilometer dengan standard jalan R3 mengikut Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Untuk kos pembinaan jalan baharu ini, kita anggarkan sebanyak RM15 juta,” ujarnya.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Julaihi tiba di Kompleks DUN, semalam.
BERSEMANGA­T: Julaihi tiba di Kompleks DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia