Utusan Borneo (Sarawak)

HAMIDIN DILANTIK PRESIDEN FAM •

Menerajui kerusi panas itu menggantik­an TMJ diisytihar­kan pada Kongres FAM ke-54

-

PETALING JAYA: Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi semalam.

Pelantikan Hamidin menggantik­an Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerajui kerusi panas itu diisytihar­kan pada Kongres FAM ke-54 di sebuah hotel di sini.

Bekas Setiausaha Agung badan induk bola sepak itu menang tanpa bertanding selepas pencabarny­a bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Insititut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, membuat keputusan menarik diri.

“Rasa sungguh kerdil apabila menjadi rakyat marhaen yang pertama memegang jawatan ini. Tugas berat menanti saya...saya beri jaminan tidak ikut telunjuk mana-mana individu seperti dakwaan beberapa pihak demi pembanguna­n bola sepak negara,” katanya ketika menyampaik­an amanat pertamanya selaku Presiden di sini, semalam.

Turut hadir mantan Presiden FAM, Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kerusi panas itu menjadi kosong selepas TMJ melepaskan jawatan tersebut pada Mac lalu.

Sementara itu, Hamidin menyifatka­n tugas baharu dipikulnya sebagai satu tanggungja­wab berat dan menggarisk­an tiga elemen penting bakal diberikan keutamaan dan tumpuan segera.

Katanya, tiga elemen itu ialah menjana sumber dan pembiayaan kewangan FAM, prestasi dan peningkata­n pasukan kebangsaan dan program pembanguna­n akar umbi termasuk membabitka­n Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP).

“Saya perincikan perkara ini nanti. Tetapi, saya nyatakan di sini secara global dalam tempoh tiga tahun, ini akan saya cuba realisasik­an terutama program pembanguna­n akar umbi.

“Saya mengadakan lebih banyak kerjasama dengan Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), NFDP kerana FAM sudah semestinya mengambil peranan lebih besar kerana badan induk bola sepak di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Kongres ke-54 FAM di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya pada kongres itu, beliau berkata FAM juga bakal melalui proses perubahan struktur cara kerja dan operasi dengan memberi penekanan kepada ‘tadbir urus yang baik’dan ‘ketelusan’.

Selain itu, beliau berkata keutamaan turut diberikan berhubung pembanguna­n ibu pejabat FAM yang baharu dan pusat latihan skuad kebangsaan di Putrajaya.

Mengenai kecemerlan­gan skuad kebangsaan, Hamidin berkata beliau mengarahka­n Pengarah Teknikal FAM Peter De Roo memulakan langkah dengan mengambil kira tempoh perancanga­n sehingga 2030.

Masanya sudah tiba untuk FAM memberanik­an diri dalam meletakkan sasaran dengan mengimpika­n sesuatu yang lebih tinggi dan pada masa sama bersedia menghadapi segala kemungkina­n, katanya.

“Untuk kekal dalam zon selesa bukan lagi satu pilihan, tiada peningkata­n tanpa penderitaa­n.

“Kejayaan di peringkat Piala AFF Suzuki dan Sukan SEA tidak boleh dijadikan penanda aras atau ‘benchmark’ sebaliknya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia AFC, layak ke Sukan Olimpik, berada dalam kelompok lapan negara terbaik di Sukan Asia dan layak ke pertanding­an FIFA bawah umur sewajarnya menjadi matlamat paling utama kini,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TERAJU BAHARU: TMJ (tengah) yang merupakan Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Hamidin (lima kiri) bersama exco dan perwakilan pada Kongres Tahunan FAM ke-54 semalam.
— Gambar Bernama TERAJU BAHARU: TMJ (tengah) yang merupakan Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Hamidin (lima kiri) bersama exco dan perwakilan pada Kongres Tahunan FAM ke-54 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia