Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan kunci atasi kemiskinan

-

LONG SELATONG, Ulu Tinjar: Mempunyai pendidikan peringkat lebih tinggi akan membantu para pelajar luar bandar terutamany­a di kawasan Telang Usan untuk keluar daripada kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, hanya melalui pendidikan terbaik sahaja membolehka­n anak-anak muda untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka.

Menurutnya, memang di waktu kecil anak-anak muda sukar untuk memahami apakah tujuan ibu bapa bersusah payah menghantar anak ke sekolah, namun mereka akan menyedari kewajaran itu apabila sudah melangkah ke menara gading dan berjaya dalam pekerjaan kelak.

“Anda hanya perlu menghabisk­an kira-kira 22 tahun dalam hidup untuk memastikan kehidupan lebih baik pada masa depan kerana jika anda membesar tanpa mendapat pendidikan, hidup dijangka akan lebih sukar di kemudian hari.

“Janganlah anak-anak berasa bosan setiap kali mendengar orang dewasa memberi saranan untuk fokus dan belajar bersungguh-sungguh kerana kami yang dewasa ini tahu bagaimana sukarnya hidup tanpa pendidikan yang sempurna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiann­ya pada Program Lonjakan Prestasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, baru-baru ini.

Program lima hari empat malam itu disertai 45 murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Loyang, SK Long Aton dan SK Long Sobeng.

Turut hadir Guru Besar SK Long Sobeng Jamalus Seruji, Kaunselor Jaraw Braim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Sobeng Gau Wan.

Dennis turut mengucapka­n terima kasih kepada guru-guru dari tiga sekolah terlibat atas komitmen menjayakan program tersebut.

“Walaupun terdapat sedikit kesukaran dan kekurangan dalam mengadakan program di kawasan luar bandar, kita perlu mengadakan aktiviti atau program pembelajar­an tambahan seperti ini agar murid-murid dapat memotivasi­kan diri dan memperoleh tip- tip untuk menjawab soalan peperiksaa­n kelak.

“Syabas atas usaha guruguru ini untuk memastikan murid-murid berjaya dalam peperiksaa­n dan terus kekalkan semangat yang sama ini pada masa akan datang,” katanya.

Dennis turut berharap agar program seumpama itu dapat dianjurkan di semua sekolah di kawasan Telang Usan pada masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Murid-murid mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan.
UNTUK ALBUM: Murid-murid mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia