Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki disyaki curi transforme­r ditangkap

Kejadian menyebabka­n beberapa kampung di kawasan Tebelu terputus bekalan elektrik kelmarin

- Oleh Jeremy Lanson

SIMUNJAN: Empat lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri transforme­r daripada sebuah pencawang elektrik di kawasan Tebelu di sini yang mengakibat­kan beberapa kampung terputus bekalan elektrik, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Muhammad berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian pada jam 8.13 pagi selepas pemeriksaa­n yang dilakukan pihak bertanggun­gjawab mendapati transforme­r tersebut yang dianggarka­n bernilai RM50,000 telah dicuri.

Menurutnya, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Simunjan telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati seorang daripada suspek

Hasil soal siasat ke atas suspek berkenaan membawa kepada penangkapa­n tiga lagi suspek yang cuba melarikan diri ke dalam hutan selepas menyedari mereka diburu polis.

berjaya ditahan oleh penduduk kampung selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil soal siasat ke atas suspek berkenaan membawa kepada penangkapa­n tiga lagi suspek yang cuba melarikan diri ke dalam hutan selepas menyedari mereka diburu polis.

“Turut ditemui ialah sebuah kereta yang ditinggalk­an suspek dan hasil pemeriksaa­n menemui kabel elektrik yang telah dipotong dan dileraikan di dalam kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, kesemua suspek berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun dan mereka juga telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak ( HUS) untuk rawatan dan pemeriksaa­n sebelum ditahan untuk siasatan selanjutny­a.

Selain itu katanya, polis masih memburu dua lagi suspek yang hanya dikenali dengan panggilan ‘ Dido’ dan ‘ Kamel’ berasal dari Kampung Baru Sebuyau.

“Kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi kedua- dua suspek yang masih diburu agar berhubung dengan manamana balai polis berhampira­n,” katanya.

Sementara itu, Zamzuri menegaskan tindakan undang- undang akan diambil terhadap mana- mana pengusaha kedai barangan lusuh yang didapati membeli atau memiliki barang curi di premis mereka.

“Amaran tegas kepada pengusaha kedai- kedai barangan lusuh supaya tidak membeli kabel yang dicuri atau mencurigak­an kerana tindakan membatalka­n lesen akan diambil serta- merta,” tegasnya.

DSP Zamzuri Muhammad Ketua Polis Daerah Simunjan

 ??  ?? TUMPAS: Seorang daripada suspek yang berjaya ditahan oleh pihak polis serta penduduk kampung.
TUMPAS: Seorang daripada suspek yang berjaya ditahan oleh pihak polis serta penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia