Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba berjaya kawal kebakaran tingkat empat Wisma Hopoh daripada merebak

-

KUCHING: Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya mengawal api daripada merebak dalam kebakaran membabitka­n tingkat empat Wisma Hopoh di Jalan P. Ramlee di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.42 pagi dan api berjaya dikawal pada jam 7.51 pagi oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kuching, Batu Lintang dan Petra Jaya.

“Komander operasi melaporkan kebakaran berlaku di tingkat empat melibatkan ruangan pejabat yang menempatka­n dokumen seluas 40 kaki kali 100 kaki telah musnah terbakar dalam anggaran 80 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.51 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, tiada ke- malangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM,” jelasnya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta tiba-tiba terbakar selepas terdahulun­ya terbabas dan merempuh belakang sebuah lori yang diparkirka­n di tepi Jalan Stephen Yong di sini, semalam.

Difahamkan, wanita yang memandu kereta tersebut bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri sebelum api semakin marak dalam kejadian sekitar jam 3.39 pagi.

“Bomba tiba di tempat kejadian dan terus memadamkan kebakaran tersebut.

“Hanya seorang wanita (pemandu) yang berada di dalam kenderaan semasa kejadian tersebut dan dia berjaya menyelamat­kan diri dengan segera keluar dari kereta,” kata Tiong.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 4.26 pagi.

 ??  ?? MARAK: Kelihatan beberapa anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran di tingkat empat Wisma Hopoh, semalam.
MARAK: Kelihatan beberapa anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran di tingkat empat Wisma Hopoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia