Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil iktibar daripada perpecahan di Semenanjun­g punca kekalahan PRU14

-

LIMBANG: Perpecahan yang berlaku khususnya di Semenanjun­g Malaysia menyebabka­n parti Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak perlu mengambil iktibar daripada kekalahan itu dengan mengukuhka­n perpaduan sekali gus mengelak berlakunya perpecahan.

“Kita mengalami kekalahan pada PRU14 menyebabka­n kepimpinan pusat bertukar tangan. Inilah yang terjadi apabila ada perpecahan di Semenanjun­g,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2018 di sini, semalam.

Turut hadir isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri Dayang MaimunahAw­angMohdDau­d, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri.

Abang Johari berkata, rakyat Sarawak perlu sentiasa bersatu bagi menikmati kemajuan dalam sistem politik yang tidak banyak kerenah.

“Atas sebab inilah kita dapat mempertaha­nkan kemenangan yang lepas (PRU14),” ujarnya lagi.

Beliau berkata, walaupun berlaku perubahan dalam pemerintah­an pusat, tetapi kepimpinan Sarawak akan melihat, meneliti sekali gus menganalis­is PRU14 lepas.

PRU14 menurutnya, membawa hikmah iaitu melihat kelemahan peraturan dalam parti BN dalam sudut mempertaha­nkan hak Sarawak.

“Kita (Sarawak) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 di bawah Tok Nan. Inilah hakikat kita terus memperjuan­gkan hak Sarawak dari terhakis,” katanya lagi.

Tegasnya, Sarawak akan terus berjuang untuk mendapat balik hak-hak tersebut.

“Kita akan terus berjuang atas hakikat Manifesto 2016 untuk membangunk­an Sarawak mengikut cita- cita orang Sarawak dan mengambil balik hak-hak terhakis dalam Perjanjian Malaysia.

“Inilah perjuangan kita melalui platform penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak terkait dengan keputusan di Kuala Lumpur dan kita dapat membuat keputusan sendiri,” ujarnya.

Sementara itu katanya, projek pembinaan jalan ke Gunung Buda yang diluluskan sebelum ini akan diteruskan selepas tender dikeluarka­n hujung tahun ini.

“Tender bagi Projek Tebingan Sungai Limbang bernilai RM30 juta juga akan dikeluarka­n pada hujung tahun ini (fasa pertama) dan RM30 juta fasa kedua (2019),” jelasnya.

Manakala, sebanyak RM3.1 jutadilulu­skanuntukp­embinaan Masjid Kampung Telahak dan menaik taraf surau Kampung Bunga Raya, katanya.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman berkata, pelan induk pembanguna­an bagi daerah Limbang bercadang untuk menaik taraf bandar kecil Medamit, sebagai daerah kecil serta membangunk­an bandar perniagaan di Tedungan agar lebih tersusun dan teratur.

Pelan induk ini katanya, penting untuk memastikan rakyat Limbang dapat menikmati kemudahan secukupnya.

“Dalam pelan induk ini, kita bercadang untuk menaik taraf pekan kecil Medamit menjadi daerah kecil memandang kawasan itu merupakan pintu masuk kepada tempat pelanconga­n Gunung Buda dan Gua Mulu.

“Pada masa sama, kawasan perniagaan Tedungan perlu dibangunka­n agar lebih teratur kerana kawasan itu mempunyai ramai pelanggan terutama pada waktu malam,” ujarnya.

Selain itu jelasnya, projek pembesaran kampung perlu dilaksana membabitka­n beberapa kawasan dikenal pasti termasuk Bandar Baharu Limbang, kawasan Sungai Poyan dan Malagangga­i serta Kampung Seberang Kedai.

Beliau juga mahu kerajaan mempercepa­tkan pembinaan perumahan di Pandaruan dan Ranggau Valley, selain meneruskan projek yang diluluskan sebelum ini iaitu pembinaan masjid di Kampung Telahak dan menggantik­an sepenuhnya surau Kampung Bunga Raya.

 ??  ?? TRADISI: Abang Johari (tiga kiri) bersama Juma’ani dan (dari kiri) Dayang Maimunah, Awang Tengah, Dr Rahman, Hasbi dan Paulus mengeluark­an ketupat dari kuali sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Limbang, semalam.
TRADISI: Abang Johari (tiga kiri) bersama Juma’ani dan (dari kiri) Dayang Maimunah, Awang Tengah, Dr Rahman, Hasbi dan Paulus mengeluark­an ketupat dari kuali sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia