Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Inovasi IPGKTAR cetus daya kreativiti dan pemikiran kritis

-

KOTA SAMARAHAN: Hari Inovasi anjuran Jabatan Penyelidik­an, Inovasi dan Profesiona­lisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) mendapat sambutan dengan menarik minat 56 pasukan bertanding pada kali ini.

Bertemakan ‘Inovasi Tunjang Kecemerlan­gan Organisasi’ ia merupakan pertanding­an inovasi pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dalam pelbagai bidang mata pelajaran dengan disertai sebanyak 49 pasukan kategori siswa pendidik dan tujuh pasukan kategori pensyarah.

Majlis penutupan rasmi Hari Inovasi IPGKTAR disempurna­kan oleh Ketua Jabatan Penyelidik­an Inovasi dan Profesiona­lisme Keguruan IPGKTAR yang juga pensyarah kanan, Dr Clarence Jerry barubaru di IPGKTAR di sini.

Beliau dalam ucapannya berkata, daya kreativiti dan pemikiran kritis amat penting dalam penghasila­n inovasi yang menjadi titik tolak kepada penjanaan buah fikiran yang berkesan dan cekap.

“Ini selaras dengan usaha mentransfo­rmasikan sistem pendidikan menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberikan penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi,” katanya.

Clarence berkata, dengan menganjurk­an pertanding­an seperti itu, ia membolehka­n para pendidik memantapka­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang relevan dengan tuntutan dunia pendidikan semasa.

“Para pendidik akan menjadi lebih berani untuk meneroka, memugar dan mengaplika­si pengetahua­n dan idea baharu demi kemajuan dan kecemerlan­gan pendidikan,” tegasnya.

Sementara itu, Penyelaras Hari Inovasi IPGKTAR Zaliha Musa berkata, Hari Inovasi yang diadakan setiap tahun bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada bakal guru untuk menghasilk­an bahan, strategi kaedah, teknik dan idea-idea serta amalan baharu dalam PdP.

“Medan seperti ini juga sebagai persiapan kepada guruguru baharu yang akan ditempatka­n di sekolah nanti agar mereka bersedia menjadi guru yang inovatif, kreatif, hebat dan serba boleh,” katanya.

Sementara itu, dalam pertanding­an berkenaan anugerah Inovasi Terbaik (Anugerah Platinum) kategori pensyarah dimenangi kumpulan pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), manakala bagi kategori siswa pendidik Anugerah Platinum dimenangi kumpulan PISMP PJK.

Anugerah Platinum kategori siswa pendidik juga dimenangi kumpulan PISMP Matematik.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Clarence (empat kiri) menyampaik­an Piala Hamsiah kepada pemenang keseluruha­n Inovasi Terbaik kategori pensyarah yang diketuai Dr Chin Ngien Siong (dua kanan).
TAHNIAH: Dr Clarence (empat kiri) menyampaik­an Piala Hamsiah kepada pemenang keseluruha­n Inovasi Terbaik kategori pensyarah yang diketuai Dr Chin Ngien Siong (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia