Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Majlis Daerah Simunjan diseru terus santuni masyarakat setempat

-

KUCHING: Kakitangan Majlis Daerah Simunjan dan ahli-ahli majlis yang dilantik diminta terus bekerjasam­a dengan masyarakat setempat demi penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, ini termasuk kerjasama dengan agensi kerajaan lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Simunjan.

“Ini merupakan tanggungja­wab kita semua dalam menyumbang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang positif kepada jabatan.

“Saya berterima kasih kepada kakitangan Majlis Daerah Simunjan kerana telah berusaha memberikan perkhidmat­an terbaik untuk menyelesai­kan beberapa masalah yang ditularkan dalam media sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah dan Penghargaa­n Gawai Raya 2018 anjuran Majlis Daerah Simunjan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Awla pada masa yang sama mengalu-alukan penganjura­n program pertanding­an kebersihan dan keceriaan kampung yang diadakan.

Menurutnya, ia merupakan wadah untuk mendidik masyarakat mengekalka­n kebersihan dan keceriaan kampung, bu- kannya pertanding­an sematamata.

“Saya juga berharap majlis seumpama ini dapat dikekalkan dari semasa ke semasa untuk memupuk semangat muhibah dan penghargaa­n kepada kakitangan yang telah memberi komitmen yang baik semasa bertugas.

“Saya ingin menzahirka­n penghargaa­n kepada bebera- pa kakitangan Majlis Daerah Simunjan yang telah bersara dan perkhidmat­an anda amat dihargai,” kata beliau.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bakri Zaini, Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, ahliahli majlis dan ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? TAHNIAH: Awla (belakang empat kiri) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama pemenang anugerah yang diadakan, baru-baru ini.
TAHNIAH: Awla (belakang empat kiri) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama pemenang anugerah yang diadakan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia