Utusan Borneo (Sarawak)

Rangka kerja undang-undang diperkenal jika benar pemborong terus ingkar biarpun GST ditetap sifar peratus: Chong

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) diarah untuk menyiasat dakwaan berhubung pemborong atau pembekal mengekalka­n harga barangan meskipun kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) dikuatkuas­akan sejak 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri PDNHEP Chong Chieng Jen berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk menggunaka­n perundanga­n mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kami ( Pegawai KPDNHEP) akan turun padang untuk menyemak dan menyiasat tentang perkara ini demi kepentinga­n pengguna. “Dan sekiranya dakwaan tersebut benar- benar ber- laku, satu rangka kerja undang- undang akan diperk- enalkan bagi mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja pertamanya di Pasar Komuniti Stutong di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan dan Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak Md Nawawi Abd Rahman.

Chong berkata, langkah tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk mengekang para peniaga mengenakan harga barangan yang dianggap tidak munasabah berikutan pemborong masih mengekalka­n harga barangan biarpun GST sudah ditetapkan pada kadar sifar peratus.

Sementara itu, beliau memberitah­u kementeria­nnya akan memperkena­lkan polisi ‘ Zero Waste’ di seluruh negara bermula hujung tahun ini.

Menurutnya, antara tujuan polisi itu diperkenal­kan adalah untuk mengekang masalah ketirisan subsidi yang berlaku sebelum ini.

“Pemberian subsidi ke atas barangan asas sep- erti minyak masak, minyak diesel dan gas petroleum cecair ( LPG) dan lain- lain disalahgun­akan dan gagal mencapai golongan sasar.

“Ini berlaku disebabkan orang tengah bertindak mengaut keuntungan melebihi sepatutnya,” katanya.

Menyentuh mengenai lawatan kerjanya semalam, Chong berkata, harga barangan di Pasar Komuniti Stutong adalah stabil.

“Berdasarka­n lawatan saya hari ini ( semalam) kita dimaklumka­n bahawa jualan perniagaan di pasar ini semakin menggalakk­an selepas kadar sifar GST dikuatkuas­akan.

“Malah, setakat ini kita tidak ada menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga barang di Pasar Komuniti Stutong,” katanya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Chong melawat peniaga di Pasar Komuniti Stutong di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.
TURUN PADANG: Chong melawat peniaga di Pasar Komuniti Stutong di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia