Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Sarawak terima 103 aduan kenaikan harga barangan selepas 1 Jun

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak menerima sebanyak 103 aduan daripada pengguna berhubung kenaikan harga barangan selepas pelaksanaa­n sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada 1 Jun lalu.

Pengarahny­a Datuk Stanley Tan berkata, jumlah aduan yang diterima oleh kementeria­nnya adalah dari tempoh 1 Jun hingga 12 Julai lalu.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 102 aduan berjaya diselesaik­an dengan pengeluara­n notis dan amaran kepada peniaga, manakala satu lagi aduan masih belum diselesaik­an,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi lawatan kerja pertama Timbalan Menteri PDNHEP Chong Chieng Jen di Pasar Komuniti Stutong di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Stanley berkata, kementeria­n telah mengeluark­an 17 notis di bawah Seksyen 21 dan 44 notis di bawah Seksyen 5 (3A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga yang melakukan kesalahan itu.

“Untuk makluman, terdapat peniaga yang menerima kedua- dua notis terbabit kerana didapati melakukan dua kesalahan di bawah akta tersebut,” jelasnya.

Selain itu, katanya, pihaknya turut mengeluark­an 48 amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan selepas GST ditetapkan pada sifar peratus.

“Setakat ini, kita telah memeriksa 1,235 premis perniagaan dengan kekuatan 205 pegawai KPDNHEP di seluruh negeri dalam usaha memastikan semua peniaga mematuhi dasar sifar GST,” katanya. Dalam perkembang­an lain, Stanley berkata, KPDNHEP Sarawak merekodkan sebanyak 337 kes membabitka­n pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM406,272 dari 1 Januari hingga 13 Julai tahun ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh itu, pihaknya berjaya mengutip kompaun bernilai RM39,100.

“Ia adalah hasil operasi pemeriksaa­n pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sarawak ke atas 36,011 premis seluruh negeri dengan 31,314 premis di kawasan bandar dan 4,694 premis lagi di luar bandar,” jelasnya.

Menurut Stanley, kes-kes tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlind- ungan Pengguna 1999.

Katanya, kesalahan paling banyak dilakukan oleh peniaga ialah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 melibatkan 166 kes dengan nilai rampasan RM25,429.85 dan kompaun RM21,050.

“Ini diikuti oleh kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan 107 kes membabitka­n nilai rampasan sebanyak RM18,652 dan kompaun RM14,350.

“Sebanyak 46 kes pula direkodkan bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagan- gan 2011 dengan nilai rampasan sebanyak RM260,509 dan kompaun RM3,700,” katanya.

Bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, tambahnya, sebanyak 14 kes direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM100,509.45, manakala tiada kompaun dikenakan.

“Sementara itu, di bawah Akta Perlindung­an Pengguna 1999, kita berjaya mencatat empat kes dengan jumlah nilai rampasan RM1,171.70 tanpa melibatkan kompaun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia