Utusan Borneo (Sarawak)

Voon dilantik sebagai Pegawai Khas KPKT untuk Sarawak

-

MUKAH: Tiga puluh lima peratus kawasan Daro masih tidak dilengkapi kemudahan bekalan elektrik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, penduduk di kawasan terbabit masih bergantung kepada mesin jana kuasa sepenuhnya.

“Terdapat 25 kawasan terdiri daripada rumah panjang serta kampung di Daro masih tidak mempunyai bekalan elektrik,” katanya dalam usul perbahasan beliau di DUN baru-baru ini.

Untuk mengatasi masalah itu, beliau mencadangk­an supaya kerajaan negeri terus melaksanak­an Skim Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES).

Safiee memberitah­u terdapat ramai penduduk rumahrumah panjang yang dapat disambungk­an melalui talian grid, namun turut belum dapat mendapat kemudahan ini kerana tidak mampu menangung kos dikenakan oleh syarikat bekalan elektrik terbabit.

“Hampir semua penduduk di kawasan dimaksudka­n masih menanti projek RES supaya impian mereka untuk menikmati bekalan elektrik tercapai,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, bagi kawasan yang tidak dapat disambungk­an melalui grid dengan alasan ketiadaan jalan, sesetengah kawasan boleh mendapat bekalan elektrik melalui projek Skim Elektrifik­asi Alternatif Sarawak (SARES).

Antara kawasan yang dikenal pasti amat memerlukan SARES ialah 13 rumah panjang di Passin, Batang Lassa dan Sungai Serban.

Selain itu, Safiee turut menyatakan beberapa keperluan serta masalah lain dihadapi penduduk Daro seperti gangguan serta ketiadaan bekalan air bersih, naik taraf jalan raya serta pembinaan jambatan utama, keperluan penambahba­ikan perkhidmat­an Internet dan beberapa hal berkaitan. KUCHING: Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kebangsaan Voon Shiak Ni dilantik sebagai Pegawai Khas Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk Sarawak.

Pelantikan tersebut dimaklumka­n menerusi surat rasmi bertarikh 30 Jun 2018 yang ditandatan­gani oleh Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak See Chee How yang menyambut baik pelantikan tersebut berkata, ia adalah langkah tepat oleh KPKT di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut See, pelantikan tersebut jelas menunjukka­n kerajaan PH amat mengambil berat terhadap Sarawak dan memastikan suara rakyat ini didengari oleh kerajaan di peringkat persekutua­n.

“Dengan pelantikan ini, bermakna kita ada wakil dari Sarawak yang akan membantu dalam menyelesai­kan isu-isu berkaitan dengan kementeria­n ini di sini.

“Skop spesifik mengenai tugas dan peranan beliau (Voon) akan dimaklumka­n apabila beliau ke Kuala Lumpur nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR di sini, semalam.

Dalam pada itu, berdasarka­n surat makluman pelantikan tersebut, Voon akan bertanggun­gjawab dalam menyelaras hal ehwal pembanguna­n yang dijalankan oleh KPKT di Sarawak.

Pelantikan dibuat untuk memastikan segala hal ehwal yang berkaitan dengan KPKT berjalan lancar dan memenuhi kehendak piagam pelanggan khususnya di Sarawak.

 ??  ?? SELAMAT BERSARA: Malissa (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Latif (kiri) yang telah bersara dari jabatan berkenaan awal tahun ini.
SELAMAT BERSARA: Malissa (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Latif (kiri) yang telah bersara dari jabatan berkenaan awal tahun ini.
 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia