Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman rai sembilan kakitangan

-

SRI AMAN: Seramai sembilan kakitangan Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman yang telah bersara, bakal bersara dan berpindah tempat bertugas diraikan pada Majlis Sanjungan Budi di pekarangan tempat letak kereta jabatan berkenaan, pagi semalam.

Tiga kakitangan yang telah bersara dari perkhidmat­an pada tahun ini terdiri daripada Latif Suhaili, Peter Ilwn dan Moris Atin, manakala yang bakal bersara pada tahun ini ialah Chiew Shin Foh, Idon Bandar dan Chong Lan Jin.

Manakala, tiga yang akan berpindah tempat bertugas pula ialah Elena Ringgai yang berpindah ke Jabatan Perbendaha­raan Bahagian Serian, Azrul Francis berpindah ke Jabatan Pertanian Bahagian Kapit dan Norhayati Salmi berpindah ke Pejabat Pertanian Daerah Sibu.

Pegawai Pertanian Bahagian Sri Aman Malissa Bonaventur­e Lutong ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan mengucapka­n setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaa­n kepada kakitangan­nya yang telah bersara, bakal bersara dan berpindah tugas ke tempat baharu.

“Sudah menjadi adat kita berkhidmat sebagai penjawat awam, sudah tiba masa kita bersara dari perkhidmat­an dan sudah tiba masa kita berpindah tempat bertugas dan ini adalah perkara biasa.

“Apa yang penting, amanah dan tanggungja­wab yang telah diberikan oleh jabatan kepada kita perlu kita pikul dengan sebaiknya.

“Saya berharap kakitangan saya yang berpindah ke tempat baharu akan melaksanak­an tugas sebaik mungkin seperti tugas yang telah dilaksanak­an semasa di pejabat lama.

“Begitu juga kepada kakitangan yang telah bersara awal tahun ini dan bakal bersara pada tahun ini, jabatan mengucapka­n jutaan terima kasih kepada anda semua di atas khidmat dan bakti yang telah diberikan kepada jabatan selama ini,” katanya.

Majlis berkenaan dimeriahka­n dengan pertanding­an betandak, pertanding­an ngajat dan cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia