Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan Batalion 10 PGA yang dibina pada 1968 dengan sebahagian besar struktur daripada kayu amat menyedihka­n

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Warga Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Lanang di sini berhak menikmati kemudahan asas yang lebih sempurna.

Ini berikutan keadaan kemudahan asas sedia ada di Kem Lanang yang usang perlu dipertingk­at.

Komander Briged Sarawak PGA Datuk Khaw Kok Chin berkata, projek naik taraf kemudahan asas Kem Lanang dijangka dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Saya yakin projek naik taraf yang pernah dijanjikan sebelum ini akan terus dilaksanak­an di bawah pemerintah­an kerajaan pusat yang baharu meskipun memerlukan masa untuk melaksanak­annya,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Malam Gawai dan Aidilfitri

Saya yakin projek naik taraf yang pernah dijanjikan sebelum ini akan terus dilaksanak­an di bawah pemerintah­an kerajaan pusat yang baharu meskipun memerlukan masa untuk melaksanak­annya.

Batalion 10 PGA Kem Lanang malam kelmarin.

Khaw berkata, semua anggota, pegawai serta ahli keluarga Kem Lanang berhak untuk menikmati kemudahan asas yang lebih selesa memandangk­an kemudahan di kem yang dibina pada 1968 dengan sebahagian besar struktur kayu itu amat menyedihka­n.

Katanya, penghuni kuarters Batalion 10 PGA mengharung­i pelbagai kesulitan seperti masalah banjir, selain terpaksa memperbaik­i sendiri rumah yang semakin daif.

“Projek pembinaan kem baharu sudah diajukan kepada Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak namun pelaksanaa­nnya memerlukan masa,” katanya.

Dalam pengetahua­n beliau, katanya, projek tersebut akan ditunaikan dalam suatu masa nanti.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Pemerintah Superinten­den Sanudin Md Isa dan Timbalanny­a DSP Frediel Nyambong.

Pada majlis sama, Khaw turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada lima anggota dan pegawai yang terpilih.

Mereka adalah ASP Ramli Abdul Rahman, Inspektor Ezaly Nadzir, Inspektor Muhammad Norzaidi Othman, Sarjan Mohammad Jaya Wan Seman dan Koperal Ken Chicheap.

Tiga balu bekas anggota PGA turut menerima sumbangan berupa cek Tabung Kebajikan Sukan Rekreasi ( TKSR) daripada beliau berjumlah RM15,000 setiap seorang.

Khaw berharap majlis seumpamany­a dapat diteruskan kerana ia mampu mengeratka­n silaturahi­m di kalangan anggota dan pegawai Batalion 10 PGA Kem Lanang.

Datuk Khaw Kok Chin Komander Briged Sarawak PGA

 ??  ?? TERIMALAH: Khaw menyampaik­an cek kepada salah seorang penerima Tabung Kebajikan Sukan Rekreasi sambil diperhatik­an Sanudin (kanan) pada majlis tersebut.
TERIMALAH: Khaw menyampaik­an cek kepada salah seorang penerima Tabung Kebajikan Sukan Rekreasi sambil diperhatik­an Sanudin (kanan) pada majlis tersebut.
 ??  ?? KENANGAN BERSAMA: (Duduk baris kedua, lima kiri) Ting bersama jawatankua­sa PIBG dan warga SK Miri pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya 2018 SK Miri semalam.
KENANGAN BERSAMA: (Duduk baris kedua, lima kiri) Ting bersama jawatankua­sa PIBG dan warga SK Miri pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya 2018 SK Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia