Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 pemilik adakan perhimpuna­n aman bantah RUU pindaan tanah

-

BINTULU: Kira-kira 1,000 pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bahagian ini mengadakan perhimpuna­n aman pagi semalam untuk membantah Rang Undang- Undang ( RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Protes yang diadakan di Dataran Esplanad Bintulu disertai pemilik tanah NCR dan temuda, termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Bintulu. Presiden Dayak National Congress (DNC) Paul Raja berkata, tindakan meluluskan RUU berkenaan disifatkan beliau sebagai penghinaan buat masyarakat Dayak di Sarawak yang telah memperjuan­gkan tanah adat mereka sejak sekian lama.

“Ingin saya katakan di sini, RUU yang kononnya bagi mengiktira­f Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) untuk memperoleh hak adat asli (NCR) ke atas tanah di negeri ini telah gagal mengiktira­f hak rakyat untuk mempunyai hak mutlak ke atas tanah mereka,” ujarnya pada sidang media sejurus selesai perhimpuna­n berkenaan.

Paul berkata, apa yang orang asal inginkan ialah hak mereka diiktiraf sebagai pemilik tanah terbabit tanpa dapat dipersoalk­an oleh sesiapa pun, iaitu ‘hak proprietar­y.’

Katanya, ia adalah pemilikan mutlak ke atas tanah dan bukannya ‘hak usufuctuar­y’ yang ditakrifka­n sebagai hak atau keistimewa­an yang dijalankan atau dinikmati oleh komuniti orang asal di wilayah-wilayah yang didiami mereka bagi mendapatka­n hasil atau memburu di tanah berkenaan, tetapi tidak boleh memiliki tanah terbabit.

“Melalui pelaksanaa­n undang- undang tanah yang baharu ini, secara automatik telah melupuskan hak istimewa serta adat kaum Dayak yang telah mengiktira­f PGPM, iaitu tanah adat turun-temurun dari nenek moyang mereka, sebelum wujudnya undang-undang lain, sebagaiman­a sekarang,” jelasnya.

Katanya, tindakan kerajaan mengehadka­n PGPM ini telah menimbulka­n ketidakpua­san hati dalam kalangan pemilik tanah kerana saiz tanah bagi sesebuah kawasan atau ‘menoa’ adalah tidak sama.

“Persoalann­ya sekarang ialah bagaimana nasib sesebuah komuniti yang memiliki PMPG lebih dari 1,000 hektar sekiranya tanah berk- enaan dihadkan dan tidak boleh lebih daripada itu?

“Dan, bagaimana pula nasib sesebuah komuniti yang sememangny­a sampai beratus keluarga dan mempunyai tanah yang lebih daripada 1,000 pula?” ujarnya.

Apa yang pasti katanya, kaum asal di bahagian ini khususnya Dayak membantah sekeras- kerasnya pindaan ini kerana elemen adat hak asal penduduk peribumi tidak diambil kira bagi menangani isu PMPG sekali gus menghakis hak mereka ke atas tanah berkenaan.

“Pada masa sama, saya berharap RUU ini dikaji semula bagi membolehka­n semua pemilik tanah mendapat manfaat serta keistimewa­an daripada tanah mereka, dan bukannya dimanipula­si bagi menguntung­kan pihak berkepenti­ngan sahaja,” ujarnya.

 ??  ?? BANTAH: Paul (berdiri tengah, hadapan) merakamkan gambar bersama para pemilik tanah dan NGO Dayak pada perhimpuna­n aman di Bintulu, semalam.
BANTAH: Paul (berdiri tengah, hadapan) merakamkan gambar bersama para pemilik tanah dan NGO Dayak pada perhimpuna­n aman di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia