Utusan Borneo (Sarawak)

Dana pembangkan­g bergantung kepada budi bicara kerajaan Sarawak: Dr Ting

-

MIRI: Permohonan dana di kawasan parti pembangkan­g di Sarawak bergantung kepada budi bicara kerajaan Sarawak.

ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, sebagai wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Sarawak, beliau hanya mampu membangkit­kan isu untuk perhatian kerajaan Sarawak.

“Saya boleh bangkitkan isu tetapi dana bergantung kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita semalam.

Dr Ting berkata, Pakatan Harapan (PH) di Sarawak masih di pihak parti pembangkan­g walaupun PH merupakan parti pemerintah di peringkat pusat.

Beliau juga tidak dapat campur tangan terhadap isu-isu berkait rapat dengan kerajaan Sarawak.

Bagaimanap­un katanya, beliau akan mengemukak­an isu kepada kerajaan pusat terhadap projek-projek yang boleh memanfaatk­an ekonomi dan meningkatk­an taraf hidup penduduk.

Antaranya, usaha menaik taraf Lembaga Pelabuhan Miri yang akan memerlukan kerjasama pusat dan kerajaan Sarawak.

“Kita jelaskan apa yang perlu kita buat, bangkitkan isu ini kepada pihak kerajaan pusat sebelum mereka mempertimb­angkan kelulusan dana,” jelasnya.

Mengulas tentang keputusan mahkamah mengembali­kan semula kedudukan beliau sebagai ADUN Pujut, Dr Ting berkata, beliau akan sedaya upaya memberi perkhidmat­an terbaik kepada penduduk Pujut dan Miri.

Beliau tidak mahu gangguan (kes mahkamah) menyekat beliau daripada terus menabur khidmat dalam tempoh dua hingga tingga tahun ini sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka pada 2021.

“Kita mahu penduduk di Sarawak untuk bersabar sehingga kita (PH) berjaya menukar kepimpinan kerajaan negeri ini (pada PRN),” jelasnya.

Dr Ting berterima kasih kepada pengundi dan penyokong yang mengikuti perkembang­an kes mahkamah beliau.

Keputusan mahkamah begitu bermakna sekali kerana telah memulihkan hak pengundi dan rakyat untuk melantik wakil rakyat mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia