Utusan Borneo (Sarawak)

PITSA disaran kemuka surat mohon tanah bina bangunan tetap Taska Qaseh Laila

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah meminta Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) mengemukak­an surat permohonan tanah bagi membina bangunan tetap untuk Taska Qaseh Laila milik persatuan itu termasuk ruangan pejabat baharu.

Beliau berkata, ini kerana taska milik persatuan itu pada masa ini menumpang di kuarters kerajaan di Jalan Ong Tiang Swee, manakala pejabat persatuan itu pula menumpang di bangunan kedai syarikat milik Presiden PITSA, Salmah Ibrahim.

“Kita telah dimaklumka­n awal penggunaan kuarters kerajaan ini adalah untuk sementera sahaja, bila sampai waktu dan ketikanya maka terpaksa berpindah.

“Jadi maknanya masa kita beroperasi kita harus fikir cara untuk mencari tempat yang lebih tetap sifatnya dan saya dimaklumka­n tanah sudah dikenal pasti iaitu di Jalan Crookshank jadi buatlah surat untuk memohon tempat (tanah) kepada kerajaan negeri yang boleh dijadikan tempat kekal bagi menubuhkan bangunan baharu untuk Taksa Qaseh Laila dan bangunan pejabat untuk PITSA,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Taksa Qaseh Laila, Jalan Ong Tiang Swee di sini semalam.

Fatimah yang juga merupakan Penasihat PITSA berkata, untuk permohonan itu nanti beliau mencadangk­an agar maklumat terperinci mengenai konsep bangunan baharu dapat disertakan.

Jelasnya, konsep bangunan baharu nanti harus dipelbagai­kan fungsinya seperti mempunyai taska, tadika dan transit.

Beliau menambah, ini penting bagi menyediaka­n tempat yang lengkap kepada ibu bapa bekerja yang memerlukan perkhidmat­an tersebut.

“Saya yakin apabila PITSA mempunyai tempat baharu yang tetap ia akan memberi banyak manfaat kepada ahliahliny­a,” ujarnya.

Terdahulu, Salmah berkata, rumah kuarters kerajaan persekutua­n yang digunakan Taska Qaseh Laila itu telah diambil semula kerajaan untuk dibangunka­n.

Ekoran itu, PITSA terpaksa mencari sebidang tanah untuk dijadikan pejabat baharu dan menempatka­n taska milik persatuan berkenaan.

Taska Kaseh Laila merupakan sebuah taska yang dimiliki PITSA dan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Ia telah beroperasi sejak Mac 2012 dan pada tahun ini, terdapat 48 kanak-kanak dan 18 pengasuh di taska ini.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah berkata Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap minggu pertama Ogos dengan membawakan tema yang berlainan setiap tahun.

“Tahun ini ia disambut bermula pada 1 Ogos 2018 hingga 7 Ogos 2018. Walaupun menggunaka­n tema yang berlainan, tetapi sambutan ini bertujuan untuk memberikan penekanan kepada usaha untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai isu-isu berkaitan penyusuan susu ibu,” katanya.

Beliau menambah, bagi tahun ini, tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia adalah ‘Breastfeed­ing, Foundation of Life.’

“Penyusuan susu ibu adalah komponen utama yang sangat penting dalam menangani isu kekurangan zat makanan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak,” jelasnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (tengah) ditemani Salmah (empat kiri) merakam kenangan bersama warga pendidik Taska Qaseh Laila.
UNTUK ALBUM: Fatimah (tengah) ditemani Salmah (empat kiri) merakam kenangan bersama warga pendidik Taska Qaseh Laila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia