Utusan Borneo (Sarawak)

Nancy seru ahli PBPM Sarawak berusaha dapatkan lebih banyak dana dan bantuan

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak disaran untuk menjalanka­n kerjasama pintar dengan wakil rakyat setempat dan kerajaan Sarawak dalam memperjuan­gkan kebajikan ahlinya.

Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sebagai usaha mendapatka­n lebih banyak dana serta bantuan.

“Kami sebagai menteri sebelum ini banyak mendengar tentang persatuan berkaitan polis menyuaraka­n kepayahan dan cabaran mereka selepas persaraan.

“Ada juga yang menyatakan PBPM tidak diiktiraf begitu juga banyak yang mengadu kebajikan mereka sebagai pesara polis tidak diambil peduli,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Sarawak Ke-41 di sini, semalam.

Justeru, Nancy percaya sekiranya para ahli memilih pemimpin yang berwibawa dan lantang menyuaraka­n

Kami sebagai menteri sebelum ini banyak mendengar tentang persatuan berkaitan polis menyuaraka­n kepayahan persaraan. ” dan cabaran mereka selepas Datuk Seri Nancy Shukri Ahli Parlimen Batang Sadong

keperluan serta kebajikan ahlinya, ia berupaya membawa transforma­si kepada PBPM.

Ia juga mampu membantu pesara polis mendapat bantuan bagi pendidikan anakanak, bantuan ketika sakit, urusan pengbumian dan sebagainya, katanya.

Bagaimanap­un, Nancy menyifatka­n sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang tidak mempunyai peruntukan adalah fenomena biasa.

Namun begitu katanya, usaha persatuan untuk ‘menyapa’ kerajaan Sarawak atau wakil rakyat menerusi surat atau dokumen rasmi, mungkin membuahkan hasil.

“Permohonan kepada wakil rakyat di kawasan setempat boleh dibuat jika ada keperluan untuk membeli kerusi roda, bantuan makanan, susu atau lampin dewasa bagi ahli yang memerlukan.

“Sedih juga apabila terdapat kematian pesara polis yang tidak dilaporkan, tidak dihargai kerana tidak ada dibantu,” katanya lagi.

Sementara itu, Nancy menyaranka­n pesara polis untuk menganjurk­an majlis-majlis ilmu untuk berkongsi kemahiran, pengetahua­n dan pengalaman mereka dengan generasi muda hari ini.

Menurutnya, walaupun ancaman hari ini kebanyakan­nya datang menerusi siber berbanding dahulu iaitu menumpaska­n komunis, tetapi ia tetap berharga untuk dikongsika­n.

“Orang muda akan memahami kepayahan yang dihadapi oleh anggota polis semasa melaksanak­an tugas mereka sekiranya pengalaman mereka dikongsi dengan generasi hari ini

“Anda juga boleh memberi pendapat bagaimana ancaman siber menjejaska­n kehidupan generasi hari ini,” tambahnya.

Turut hadir Presiden Pengetua PBPM Hussin Awang Ngah dan Pengerusi PBPM Sarawak ASP ( B) Benjamin Gersit Jais.

PBPM Sarawak turut menerima cek sumbangan daripada PBPM sebanyak RM5,000 semalam.

 ??  ?? TERIMALAH: Benjamin (kiri) menerima replika cek sumbangan PBPM daripada Hussin (kanan) sambil diperhatik­an Nancy pada AGM PBPM Sarawak Ke-41 semalam.
TERIMALAH: Benjamin (kiri) menerima replika cek sumbangan PBPM daripada Hussin (kanan) sambil diperhatik­an Nancy pada AGM PBPM Sarawak Ke-41 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia