Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni baharu Pusat Hidupan Liar Semenggoh diberi nama Sigat

-

KUCHING: P u s a t Hidupan Liar Semenggoh (SWC) menerima satu lagi penghuni baharu menerusi kelahiran anak orang utan jantan yang diberi nama Sigat.

Kelahiran Sigat menambahka­n lagi bilangan orang utan yang menghuni pusat itu di mana sejak penubuhann­ya pada 1975, SWC telah mengeluark­an sebanyak 11 orang utan dan dengan kelahiran baharu ini , sebanyak 24 ekor direkodkan setakat ini.

Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) dalam satu kenyataan semalam berkata, anak orang utan yang baharu dilahirkan ini muncul buat pertama kalinya bersama ibu orang utan bernama Sadamiah pada 27 Mac 2018.

Hari kemunculan keduadua orang utan ini merupakan satu lagi kejayaan kepada usaha pemulihara­an orang utan di Sarawak oleh SFC.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menamakan anak orang utan dengan nama Sigat iaitu perkataan yang berasal dari bahasa Iban.

‘Sigat’ bermaksud kacak, pintar, cantik, rajin dan tidak pernah gagal untuk menarik perhatian yang juga digunakan oleh etnik lain di Sarawak.

Dari perspektif pemulihara­an, istilah ‘ Sigat’ menggambar­kan kejayaan SWC sebagai pusat bagi pemulihara­an orang utan bagi orang utan terancam Borneo.

Sementara itu, masyarakat umum boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini menerusi program angkat orang utan.

Program ini membenarka­n spesifik orang utan diangkat bagi setahun dengan menyumbang RM200 setahun bagi individu dan RM10,000 bagi badan korporat atau syarikat.

Sumbangan daripada program ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti pemulihara­an dan pemulihan hidupan liar dan negeri ini.

Untuk menyertai program angkat ini sila hubungi SWC menerusi talian 082- 618325 atau Pejabat Korporat SFC (082-610088).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia