Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Promenade akan terus bantu bangun Bintulu, komuniti setempat

-

BINTULU: Hotel Promenade Bintulu akan terus memainkan peranannya sebagai antara penggerak pembanguna­n bahagian ini dan kemajuan komuniti setempat dalam beberapa program yang dilaksanak­annya.

Pengurusny­a, S Ganapathy berkata, hotel terbabit bukan sahaja menyediaka­n bilik penginapan, kemudahan untuk mesyuarat, latihan, kursus dan khidmat pramusaji kepada pelbagai pihak, malah ingin turut memain peranan dalam menyumbang kepada pembanguna­n komuniti di bahagian ini.

“Sejak dibuka secara rasminya oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 23 November 2014, kami mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak (dalam membantu perkembang­annya).

“Tahun ini, Hotel Promenade Bintulu buat pertama kalinya menganjurk­an majlis penghargaa­n untuk jabatan kerajaan dan sektor korporat atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan,” ujarnya pada Majlis ‘Appreciati­on Gathering 2018’ bertemakan ‘Festival Raya’ di Emerald Hall hotel terbabit, malam kelmarin.

Justeru, beliau mengucapka­n terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis itu secara langsung mahupun tidak langsung.

S Ganapathy berharap kerjasama erat dengan pelbagai pihak di sini dan dalam penganjura­n majlis seumpamany­a akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, serta ketua-ketua jabatan kerajaan dan sektor korporat di bahagian ini.

Selain jamuan makan, tetamu turut dihiburkan dengan persembaha­n pentas oleh Bintulu Buskers.

 ??  ?? TETAMU KEHORMAT: S Ganapathy (tengah), Hamdiah (dua kanan), Mataip (kanan) serta tetamu lain pada Majlis ‘Appreciati­on Gathering 2018’ Hotel Promenade Bintulu, malam kelmarin.
TETAMU KEHORMAT: S Ganapathy (tengah), Hamdiah (dua kanan), Mataip (kanan) serta tetamu lain pada Majlis ‘Appreciati­on Gathering 2018’ Hotel Promenade Bintulu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia