Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an memancing anjuran Suzuki Jepun, KTS Trading dan Zakuan Lam berjaya

-

SIBU: Suzuki Jepun bersama KTS Trading Sdn Bhd dan pengedar Suzuki, Zakuan Lam Sdn Bhd berjaya menganjurk­an Pertanding­an Memancing 2018 pada 30 Jun lalu bertempat di Rompin, Pahang.

Pertanding­an ini bertujuan mengeratka­n hubungan antara pengedar dan peserta yang memiliki enjin sangkut Suzuki.

Selain itu, pihak penganjur turut berharap aktiviti ini dapat menarik lebih ramai pengguna enjin sangkut memilih enjin sangkut Suzuki, terutama enjin sangkut empat lejang.

Kebaikan enjin sangkut Suzuki empat lejang ialah berkuasa hebat, menjimatka­n penggunaan minyak dan bunyi yang rendah.

Selepas perancanga­n dan penyediaan yang teliti, terdapat 15 bot menggunaka­n sepasang enjin sangkut Suzuki berkuasa kuda besar menyertai pertanding­an ini.

Setiap bot mempunyai lima pemancing dan keputusan muktamad diumumkan sejurus pertanding­an berakhir.

Johan pertanding­an ialah Chin Fah Keong yang berjaya menangkap ikan haruan paling berat iaitu 15.20 kilogram.

Naib johan disandang oleh Khoo Choon Song yang berjaya memperoleh ikan haruan seberat 11.40 kilogram.

Wong Sun Ping pula berjaya mendapat ikan haruan seberat 8.40 kilogram sekali gus memenangi tempat ketiga.

Tempat keempat turut dimenangi oleh Khoo yang kali ini berjaya memperoleh ikan talang bongkok seberat 7.40 kilogram, manakala Chong Man Si di tempat kelima setelahber­jaya menangkap ikan haruan seberat 6.90 kilogram.

Tempat keenam pula dimenangi oleh Chia Heng Leong yang berjaya menangkap ikan haruan seberat enam kilogram.

Pemenang-pemenang lain yang memenangi hadiah sagu hati ialah Muhammad Saad Yaacob (ikan haruan seberat 5.40 kilogram), Hew Swee Lian (ikan tenggiri papan seberat 4.80 kilogram), Chia Heng Leong (bara kuda seberat 2.80 kilogram) dan Pow Eing Long (ikan kerapu sunoh pisang seberat 2.60 kilogram).

Semua pemenang membawa balik hadiah wang tunai, trofi, sijil, dan hamper mengikut kategori masingmasi­ng.

Diskaun kupon bernilai RM3,000 juga diberikan untuk menggalak pembelian enjin sangkut Suzuki empat lejang berkuasa kuda 115 ke atas.

Pihak penganjur turut menyediaka­n jamuan kepada para peserta untuk menghargai penyertaan mereka dalam pertanding­an tersebut.

Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang enjin sangkut Suzuki boleh menghubung­i pengedar Suzuki atau KTS Trading Sdn Bhd ( www. ktstrade. com.my).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta pertanding­an merakamkan gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.
UNTUK ALBUM: Para peserta pertanding­an merakamkan gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.
 ??  ?? TENANG: Para peserta sedang menunggu joran mereka disentap ikan di tengah lautan.
TENANG: Para peserta sedang menunggu joran mereka disentap ikan di tengah lautan.
 ??  ?? REZEKI: Hasil tangkapan para peserta yang memenangi pertanding­an tersebut dipamerkan kepada orang ramai.
REZEKI: Hasil tangkapan para peserta yang memenangi pertanding­an tersebut dipamerkan kepada orang ramai.
 ??  ?? TAHAN LASAK: Para peserta sedang mencuba nasib mereka di tengah lautan.
TAHAN LASAK: Para peserta sedang mencuba nasib mereka di tengah lautan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia